MoA Antara OpenLearning – UUM Rancakkan Pembangunan MOOC

 MoA Antara OpenLearning – UUM Rancakkan Pembangunan MOOC

UUM ONLINE: 5 Disember - Pemeteraian Memorandum Persetujuan (MoA) antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan OpenLearning Global (M) Sdn Bhd bakal merancakkan lagi pengajian dalam talian atau dikenali dengan Massive Open Online Courses (MOOC) seiring kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Majlis pemeteraian itu menyaksikan Naib Canselor UUM, Prof. Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak dan CEO OpenLearning, Adam Brimo menandatangani dokumen MoA tersebut di Bilik Tamu, UUM, semalam.

Pada majlis berasingan, Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) turut mengadakan Sesi Perbincangan Pengurusan Tertinggi UUM yang berlangsung di Bilik Senat bagi mendedahkan pengurusan tertinggi UUM akan penggunaan MOOC dan potensinya dalam penjanaan kewangan universiti.

“Universiti berdepan dengan cabaran yang hebat yang perlu mengutamakan kualiti seiring dengan kesedaran pelajar yang sedia mencuba sesuatu baru dalam pelbagai aspek.

“Kepesatan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan mencipta dimensi baru dalam proses pengajaran dan pendidikan (P&P), Massive Open Online Courses (MOOC) untuk pengajian di atas talian dan pendidikan jarak jauh,” ujar Adam Brimo.

Jelasnya, MOOC merupakan konsep belajar merentasi sempadan, menjimatkan kos dan gaya pembelajaran moden sekali gus menarik minat para pelajar untuk menyertai kursus secara atas talian.

Katanya, OpenLearning yang berpangkalan di Sydney, Australia kini membuka cawangan di Kuala Lumpur bagi memudahkan lagi operasi OpenLearning di Malaysia.

Menurut Naib Canselor, UUM sedia bekerjasama dengan OpenLearning dalam usaha mempromosikan penerbitan dan penyelidikan.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Abdul Malek Abdul Karim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Yusnidah Ibrahim dan Pengarah UTLC, Prof. Madya Dr. Fauziah Abdul Rahim.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia