ICMSA 2017 Medan Perkongsian Kepakaran Dalam Matematik Dan Statistik

ICMSA 2017 Medan Perkongsian Kepakaran Dalam Matematik Dan Statistik

UUM ONLINE: Bagi membantu pembangunan bidang Matematik dan Statistik melalui teori dan aplikasi, UUM menerusi Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa mengenai Matematik, Statistik dan Aplikasi (ICMSA) Kali Ke-13 yang berlangsung selama empat hari mulai 4 November lalu di EDC Hotels & Resorts.

Pengerusi ICMSA 2017, Prof Dr Haslinda Ibrahim berkata, persidangan tersebut menyediakan platform yang unik untuk pelajar, ahli akademik, penyelidik dan pengamal untuk bertukar idea, pengalaman dan hasil penyelidikan mereka dalam pelbagai bidang matematik dan statistik melalui kertas dan poster.

Katanya, melalui perkongsian ilmu itu secara tidak langsung akan memberi arah baharu untuk bidang penyelidikan dan pembangunan masa hadapan dalam Matematik dan Statistik.

"Sepanjang persidangan ini, peserta dari dalam negara dan luar negara menimba pengalaman dan pengetahuan mereka bersama penceramah tempatan dan antarabangsa hebat dari bidang akademik dan industri yang berkongsi pengetahuan dan kepakaran mereka dalam teknik dan teknologi kuantitatif semasa

"Saya berharap persidangan ini akan menyediakan peluang rangkaian dan kerjasama yang lebih baik untuk semua peserta yang terlibat, khususnya di kawasan IMT-GT," katanya.

Antara penceramah terlibat ialah Prof Dr Budi Nurani Ruchjana, Profesor Statistik dari Universitas Padjadjaran, Indonesia; Prof Dr Ahmad Izani Ismail, Profesor Matematik Gunaan dari Universiti Sains Malaysia dan Dr Konvika Kongkul dari Thaksin University, Thailand.

ICMSA 2017 yang dianjurkan bersama Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) dan Persatuan Sains Matematik Malaysia turut menerima lebih 150 kertas kerja dari 12 negara seluruh dunia seperti Sepanyol, Amerika Syarikat, India, Thailand dan Turki, selain Malaysia.

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia