UUM Terima Pensijilan ISO 9001:2015 Naiktaraf Dari ISO 9001:2008

UUM Terima Pensijilan ISO 9001:2015 Naiktaraf Dari ISO 9001:2008

UUM ONLINE: UUM berjaya mendapat Pensijilan ISO 9001:2015 selepas tiada Laporan Ketidakpatuhan (NCR) direkodkan dalam Audit Pemantauan dan Penaiktarafan MS ISO 9001:2015 oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd (SIRIM QAS) yang berakhir semalam.

Audit selama tiga hari bermula 18 Disember lalu diketuai oleh Hanida Ghazali bersama Asiyah Haron dan Mary Ngu itu melibatkan beberapa PTJ dan Pusat Pengajian.

Antara PTJ dan Pusat Pengajian yang dilawati adalah IPQ, RIMC, UUM Press, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Anjung Tamu, Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) serta Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM).

Mesyuarat penutupan audit pemantauan tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Senat yang dipengerusikan Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, semalam.

Naib Canselor berkata, dengan penaiktarafan pensijilan ISO 9001:2015 itu akan mengukuhkan lagi jenama UUM dengan sistem pengurusan yang berkualiti.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman audit yang dijalankan sebelum ini, universiti sentiasa berusaha untuk melakukan penambahbaikan dan memastikan pencapaian terhadap benchmark yang ditetapkan.

“Selain pensijilan ini, UUM juga sudah mempunyai beberapa penarafan termasuk MQA, Setara dan MyRA di peringkat kebangsaan serta QS dan Times Higher Education (THE) World University Ranking di persada antarabangsa.

“Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya IPQ dan ketua-ketua PTJ serta Pusat Pengajian yang menjayakan audit ini,” katanya.

Sementara itu, wakil SIRIM QAS, Hanida Ghazali berkata, Pensijilan ISO 9001:2015 yang diberikan itu adalah sehingga tempoh 2019.

Katanya, SIRIM QAS bersetuju untuk menyambung pensijilan dan menaiktaraf Pensijilan ISO 9001:2008 kepada ISO 9001:2015 selepas tiada NCR direkodkan.

Bagaimanapun, ujar beliau, UUM harus mengambil tindakan ke atas beberapa isu dalam peluang penambahbaikan seperti yang dilaporkan di dalam laporan audit yang disediakan.

UUM menerima Pensijilan ISO 9001:2008 yang pertama pada 2010, diikuti pensijilan kedua pada 2013 dan kini bersedia untuk peralihan sistem kepada ISO 9001:2015.

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum 

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia