LoI SEFB-LIU Beirut Fokus Kerjasama Penyelidikan

LoI SEFB-LIU Beirut Fokus Kerjasama Penyelidikan

UUM ONLINE: Lubnan - UUM menerusi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) telah menandatangani Letter of Intent (LoI) dengan Lebanese International University (LIU) Beirut, baru-baru ini.

LoI tersebut ditandatangani Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Yusnidah Ibrahim yang mewakili Naib Canselor ketika beliau menghadiri ‘1st International Conference on Economics, Business and Social Science’, manakala LIU diwakili Naib Presiden Hal Ehwal Pelajar, Prof Dr Ali Tarabay.

Pemeteraian LoI itu adalah lanjutan Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani UUM dengan Lebanese International University (LIU) Beirut.

Prof Dr Yusnidah berkata, dengan adanya LoI itu diharap SEFB dan LIU dapat menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan melalui geran penyelidikan sepadan.

Katanya yang turut menyampaikan ucaptama pada persidangan tersebut, kerjasama antara SEFB dan LIU menjadi satu agenda yang terbaik bagi merangka aktiviti selanjutnya dan kerjasama lain antara UUM dan universiti-universiti dirantau ini.

Persidangan berkenaan mendapat kerjasama dengan Center for Sustainability Research and Consultancy (CSRC) dan LIU yang mengangkat tema ‘Sustainable development :Connecting Business & Society In Emerging Economics’.

Seminar yang dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Sallahuddin Hassan itu merupakan aktiviti pertama yang dilaksanakan dalam kerjasama antara SEFB dan LIU.

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum 

 

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia