Penjawat Utama Universiti Diingatkan Tidak Jadi 'Little Napoleon'

Penjawat Utama Universiti Diingatkan Tidak Jadi 'Little Napoleon'

UUM ONLINE: 3 Januari "Jangan jadi 'Little Napoleon' yang hanya menjaga territory sendiri sahaja jika mahu berjaya kerana sifat amanah dan kerjasama berpasukan yang akan menentukan kejayaan sesebuah organisasi," ujar Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Penjawat Utama UUM 2018 di EDC Hotels & Resorts, tadi.

Menurutnya, tiada lagi istilah kerja secara silo atau bekerja dalam komuniti sendiri kerana tiada individu yang boleh berjaya berseorangan jika tiada 'teamwork'.

Kata beliau, untuk membina hubungan dengan pasukan dalam jabatan, seorang pemimpin harus memiliki sifat amanah yang merangkumi karakter, kredibiliti dan kompetensi dalam kepimpinan yang mana ia perlu dipamerkan untuk melaksanakan tanggungjawab.

"Jika semua aspek tersebut tiada dalam diri, maka kita tidak mampu untuk menjalankan kerja yang diberikan kerana dengan sifat amanah inilah yang akan membantu memacu organisasi dengan baik.

"Selain itu, sifat amanah ini juga yang akan meningkatkan prestasi organisasi apabila semua pekerja berada dalam persekitaran yang selamat dan mempunyai kepercayaan terhadap majikan.

"Dengan adanya sifat amanah dan sikap bekerjasama dalam pasukan, kita mampu untuk mengalahkan universiti lain dalam aspek pencapaian, seterusnya mencapai matlamat untuk mencapai kedudukan ke-50 universiti terbaik di Asia menjelang 2020," katanya yang turut membentangkan kejayaan yang diperoleh UUM sepanjang 2017.

Pada majlis tersebut, seramai 83 penjawat utama universiti menerima watikah pelantikan masing-masing yang mana Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Ayoib Che Ahmad telah mendahului senarai penerima.

Selain itu, Naib Canselor turut melancarkan Tabung Kebajikan Rumah Anak Yatim UUM yang beroperasi di kuarters imam dan bilal masjid UUM.

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum 

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia