Ahli JPU Baharu Akan Bantu Pacu Agenda Strategik Universiti

Newly Appointed JPU Members Set To Spur The University Strategic Agenda

UUM ONLINE: 3 Januari - Pelantikan dua penjawat utama universiti sebagai Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) baharu dapat menguatkan lagi jentera pengurusan universiti untuk menjayakan agenda strategik UUM.

Pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Penjawat Utama UUM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah dilantik sebagai 

Penolong Naib Canselor UUM COB dan Prof Dr Mohd Amy Azhar Mohd Harif sebagai Pengarah Kanan Jabatan Enterprise dan Penjanaan Sumber Kewangan.

Prof Dr Haim Hilman berkata, beliau berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan Naib Canselor dan juga kepimpinan universiti untuk menerajui jawatan PNC UUM COB dan secara tidak langsung menjadi ahli JPU.

Menurutnya, beliau akan menjadi seorang ahli yang konstruktif dalam membuat keputusan di peringkat eksekutif universiti dan dengan kerjasama erat semua ahli JPU, UUM telah berada di landasan tepat untuk terus memacu agenda strategik dengan menjadi Top 200 universiti dunia menjelang 2020.

Pada masa sama, sebagai PNC UUM COB juga, beliau dan dekan serta warga kerja UUM COB akan memastikan untuk terus berusaha sedaya mungkin membawa agenda khusus untuk meletakkan program atau subject ranking Business Management UUM antara 100 terbaik di dunia menjelang 2020.

"Saya berharap agar hasrat ini dapat direalisasikan dan saya bersama warga UUM COB akan membawa pembaharuan yang mana kami akan menjadi satu kumpulan yang benar-benar kompetetif dan inovatif dalam konteks menjadi contoh kepada Business School lain serta menjadi rujukan Business School yang ada pada masa kini.

"Selain itu, saya akan terus membawa Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) sebagai pusat pengajian utama UUM dan mengangkat semua pusat pengajian di bawah UUM COB sebaris dan setanding pusat pengajian lain," ujarnya yang juga Dekan SBM.

Sementara itu, Prof Dr Mohd Amy Azhar berkata, penubuhan jabatan baharu itu merupakan satu langkah strategik untuk menyusun dan memperkasakan peluang-peluang penjanaan kewangan universiti.

Katanya yang merupakan Profesor di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, beliau berterima kasih kepada Naib Canselor dan pengurusan universiti kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk bersama-sama membantu universiti dalam menjana sumber kewangan.

Prof Dr Haim Hilman dan Prof Dr Mohd Amy Azhar merupakan antara 83 penjawat utama universiti yang menerima watikah pelantikan masing-masing yang disampaikan Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak di EDC Hotels & Resorts, hari ini.

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum 

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia