UUM-MICPA Meterai MoU Lahir Ramai Profesional Dalam Bidang Perakaunan

UUM-MICPA Meterai MoU Lahir Ramai Profesional Dalam Bidang Perakaunan

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) dalam usaha melahirkan lebih ramai profesional dalam bidang perakaunan menerusi jalinan kerjasama antara kedua pihak.

Majlis menandatangani yang berlangsung di Bilik Mersawa, EDC Hotels & Resorts, pagi tadi menyaksikan Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Presiden MICPA, Dato' Tan Theng Hooi saling bertukar dokumen perjanjian tersebut dengan disaksikan Dekan Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA), Prof Madya Dr Chek Derashid dan Naib Presiden MICPA, Dr Veerinderjeet Singh.

Naib Canselor berkata, beliau berterima kasih kepada MICPA atas keyakinan terhadap kepakaran ahli akademik UUM dan bersedia untuk bekerjasama dengan UUM dengan menyediakan peluang dan akses kepada pelajar universiti ini ke standard profesional tertinggi, serterusnya menyokong mereka dalam pembangunan profesional dan karier dalam perakaunan, perniagaan dan kewangan.

Menurutnya, UUM menerusi TISSA telah lama bekerjasama dengan MICPA dengan menyokong pelajar UUM yang cemerlang dalam peperiksaan profesional menerusi program The MICPA-CAANZ.

"Saya percaya dengan kerjasama dalam program ini akan meluaskan lagi hala tuju pendidikan pelajar dan secara tidak langsung juga mendedahkan mereka kepada budaya baharu dan cabaran di peringkat antarabangsa menerusi kelayakan profesional MICPA ini.

"Dan, MoU hari ini juga menunjukkan bahawa UUM diterima badan perakaunan profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti MICPA ke arah untuk membina kecemerlangan dalam pengetahuan dan pembangunan sumber manusia," katanya.

Tambah beliau lagi, kerjasama antara UUM dan MICPA juga bukan sahaja tertumpu kepada pelajar sahaja, malah diharap dapat melibatkan ahli akademik supaya mereka dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran dalam bidang perakaunan khususnya.

Katanya, UUM dan MICPA boleh bekerjasama untuk membuat kajian kes melibatkan bidang perakaunan dengan mengumpul bahan untuk dijadikan kajian kes memandangkan kaedah tersebut merupakan pendekatan yang terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran kini.

Sementara itu, Dato' Tan Theng Hooi berkata, MICPA adalah sebuah badan profesional perakaunan yang ditubuhkan bertujuan untuk memajukan profesion perakaunan dengan memberi latihan dan peperiksaan profesional dalam bidang tersebut.

Menurutnya, dengan kerjasama itu diharap dapat melahirkan lebih ramai golongan profesional dalam bidang perakaunan khususnya dari UUM.

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum 

 

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia