TISSA UUM-ICAN Nigeria Meterai MoU

TISSA UUM-ICAN Nigeria Meterai MoU

UUM ONLINE: 3 Januari - Satu Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA-UUM) Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Institute of Chartered Accountants of Nigeria (ICAN) di EDC Hotel & Resorts, tadi.

Dalam majlis itu, UUM diwakili Naib Canselor, Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak manakala Presiden ICAN, Mallam Isma`ila Muhammadu Zakari sambil disaksikan oleh Dekan TISSA-UUM, delegasi dari Nigeria, pelajar serta staf. 


Presiden ICAN, Mallam Isma`ila Muhammadu Zakari berbesar hati dengan sambutan yang diberikan selain menceritakan latar belakang ICAN, pencapaian dan kejayaan yang dicapai.

Jelasnya, ICAN merupakan sebuah badan perakaunan profesional berprestij dan teruja menjalinkan kerjasama yang membuka ruang luas dalam bidang akademik yang berupaya memperkukuhkan lagi hubungan.

“Saya berharap dengan penuh semangat bahawa majlis menandatangani MoU ini akan menyatukan hubungan antara kedua-dua institusi dan terus berusaha untuk terus maju dalam usaha akademik kami yang akan memberi manfaat kepada Pelajar.

“Saya percaya bahawa penandatanganan MoU antara ICAN dan UUM membuka lebih banyak peluang yang dimantapkan lagi dengan penubuhan ICAN-Malaysia District Society yang baru ditubuhkan,” ujarnya.

Sementara itu, Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak mengalu-alukan kunjungan hormat tersebut dan meraikan delegasi yang berkunjung ke UUM.

Beliau menyifatkan kerjasama ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam meningkatkan peluang serta potensi melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.

“Antaranya kerjasama akademik, pertukaran pelajar, penganjuran projek bersama, ceramah, penyelidikan selain mencapai persepakatan dalam pelbagai bidang,” ucapnya.

Katanya, UUM telah menjalankan kerjasama akademik dengan institusi pengajian tinggi di Nigeria seperti Universiti Ahmadu Bello (ABU), Zaria; Bayero University Kano (BUK), Kano; Kaduna State University, Kaduna; dan Politeknik Negeri Kano, Kano dan ICAN yang kelima.

Ujarnya, pelbagai pengiktirafan dan akreditasi dari badan-badan antarabangsa telah menarik pelajar antarabangsa termasuk dari Nigeria untuk melanjutkan pengajian di UUM.

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum 

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia