PISD 2018 Tumpu Usaha Tangani Keganasan

PISD 2018 Tumpu Usaha Tangani Keganasan

UUM ONLINE: Putrajaya - Putrajaya International Security Dialogue (PISD), wacana berprofil tinggi mengenai isu keselamatan antarabangsa yang berlangsung pada 5 hingga 6 Januari di sini, membuka tirainya dengan sesi plenari bertajuk "Islam As An Instrument of Moderation And Security."

Sesi dialog ini dikendalikan oleh Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan membariskan tiga ahli panel terdiri daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Dato' Prof. Hj Mahamad Naser Disa dan Profesor Kanan, Middle East Technical University, Turki, Prof Dr Huseyin Bagci.

Sesi ini antara lain membincangkan mengenai bagaimana cara hidup Islam yang sebenar menekankan kebijaksanan dan kesederhanaan dan pada masa yang sama menolak sikap tidak bertoleransi dan ekstremisme.

Selain itu sesi ini juga menyentuh perananan sarjana Islam, pendakwah dan pemimpin masyarakat dalam membetulkan salah faham mengenai Islam dan dalam menolak ideologi
melampau dan kaedah yang mereka gunakan untuk memperdaya orang awam.

PISD 2018 dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Rabitah Al-Alami Al-Islami (World Muslim League) sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Arab Saudi.

Bertemakan "Wisdom and Moderation In Countering Terrorism," dialog ini turut dihadiri oleh 20 menteri dan timbalan menteri termasuk dari Arab Saudi, Australia, Britain, Perancis dan Indonesia yang dijangka memberi kenyataan mewakili negara masing-masing pada dialog ini di samping empat sesi plenari.

Kira-kira 1,000 peserta tempatan dan antarabangsa termasuk diplomat kanan dan pesuruhjaya tinggi di Kuala Lumpur, wakil-wakil NGO, ahli akademik, pegawai kanan kerajaan dan pelajar institut pengajian tinggi tempatan terlibat dalam PISD 2018.

Dialog antarabangsa ini bertujuan untuk mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara moden dan progresif yang berada di barisan depan usaha anti-keganasan dan anti ekstremisme.

Semua resolusi dan penemuan dijangka memacu kerjasama antarabangsa dalam usaha menangani keganasan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri, dijadual menyampaikan ucaptama pada hari kedua dialog.

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum 

 

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia