Bilik Sri Delima Berwajah Baru

Bilik Sri Delima Berwajah Baru

UUM ONLINE: 7 Januari - Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak hari ini merasmikan Bilik Sri Delima yang berwajah baharu yang terletak di tingkat lima, bangunan Canselori, UUM.

Mengetengahkan konsep kontemporari dan terkini, Bilik Sri Delima yang boleh memuatkan seramai 50 orang dilengkapi ruang penyediaan makanan dan tandas yang boleh digunakan untuk menyambut tetamu dan bilik mesyuarat.

Menurut Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa, sejarah asalnya ‘Seri D’Lima’ sempena kedudukannya di Aras 5 selain dikaitkan dengan pameran ‘LIMA 91’ – Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 1991, yang pertama kali diadakan di Langkawi.

“Bangunan Canselori merupakan bangunan lama dan ruang legar yang digunakan dahulu agak sempit dan kurang selesa untuk mengadakan perbincangan secara santai.

“Tetapi disebabkan kekurangan bajet dan dasar penjimatan kita menambahbaik apa yang sedia ada untuk meningkatkan kualiti ruang.

“Dengan adanya Bilik Sri Delima bertambah satu lagi ruang yang selesa untuk perbincangan, mesyuarat dan tetamu kehormat dan saya berharap kita dapat meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan.

Jelasnya, ruang ini terbuka dan boleh digunakan oleh jabatan lain pada masa yang sama keutamaan diberikan untuk Senat dan pengurusan universiti.

“Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP) yang menguruskan pengubahsuaian seperti yang dirancang pada masa yang ditetapkan,” ucapnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

     

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia