Universiti Harus Berani Berubah Dan Berinovatif Hadapi IR4.0

Universiti Harus Berani Berubah Dan Berinovatif Hadapi IR4.0

UUM ONLINE: Putrajaya, 11 Januari - Mengangkat tema ‘Pendidikan Tinggi 4.0: Ilmu, Industri dan Insan’, Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Seri Idris Jusoh menekankan semua universiti perlu berani membuat perubahan dan berinovatif dalam menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0).

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Amanat Menteri Pendidikan Tinggi 2018 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Menurutnya, pengajaran dan pembelajaran 4.0 kini perlu berubah dalam konteks ruang, kurikulum, pedagogi dan teknologi.

“Kita perlukan satu ruang yang berbeza kepada pelajar untuk mereka belajar walaupun tanpa pensyarah, tambahan pula sekarang tidak semua sesi pembelajaran memerlukan bilik kuliah.

“Universiti juga akan dibenarkan menawarkan 30 peratus daripada kurikulum bersifat boleh lentur dan organik,” ujarnya.

YB Menteri berkata, pada abad ke-21 ini, pedagogi yang sesuai digunapakai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menjadi lebih bermakna kepada pelajar.

Katanya, pedagogi tersebut adalah heutagogy (pembelajaran sendiri), paragogy (pembelajaran berorientasikan rakan sebaya) dan cybergogy (pembelajaran maya).

Tambahnya lagi, universiti juga boleh melihat pendekatan penilaian alternatif, penilaian tanpa peperiksaan dan pengajaran di luar kelas untuk melakukan perubahan pengajaran dan pembelajaran 4.0 itu.

“Selain itu, KPT sedang menyiapkan kerangka kerja untuk selaras dengan kehendak industri masa kini.

“Sehubungan itu, industri dan akademik perlu bekerjasama lebih erat dan menjadi satu kerana akhir nanti, apa yang dilakukan ini adalah untuk insan dan bukannya untuk industri,” katanya.

Sehubungan itu, Dato’ Seri Idris berkata, universiti perlu berani dan inovatif untuk melakukan perubahan selaras dengan era IR4.0.

Dalam amanat beliau juga menekankan supaya semua institusi pendidikan tinggi awam mewujudkan sistem e-Portfolio dan mengintegrasikan sistem itu dengan sistem Purata Nilai Gred Keseluruhan Berintegrasi (iCGPA) pada tahun ini.

Katanya, beliau mensasarkan sekurang-kurangnya 40 peratus program di setiap fakulti dan jabatan di semua IPTA dapat melaksanakan iCGPA.

Selain itu, antara usaha berterusan KPT dalam meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan ialah melalui program CEO@Faculty bagi memberi pendedahan kepada siswa dunia sebenar pekerjaan melalui sudut pandangan Ketua Pegawai Eksekutif dari pelbagai latar belakang.

Katanya, kini terdapat seramai 72 CEO terlibat dalam program itu dan jumlah berkenaan akan terus ditambah lagi pada tahun ini.

Majlis amanat itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Dr Mary Yap Kain Ching dan Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia