Program EDBM Jadi Nilai Tambah Tingkat Keupayaan Pengurusan Pegawai JKDM

Program EDBM Jadi Nilai Tambah Tingkat Keupayaan Pengurusan Pegawai JKDM

UUM ONLINE: 13 Januari - Program Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan (EDBM) seharusnya menjadi nilai tambah untuk meningkatkan keupayaan kepengurusan kakitangan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM).

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Yusnidah Ibrahim yang mewakili Naib Canselor berkata, EDBM merupakan program akademik yang dibangunkan khusus kepada golongan pengurusan pertengahan yang bekerja.

Menurutnya, ia bertujuan mempertajam kemahiran kepengurusan dalam menghadapi persekitaran dan cabaran pengurusan yang semakin kritikal setiap hari.

Katanya, graduan seharusnya menjadikan program itu sebagai satu nilai tambah dalam meningkatkan keupayaan kepengurusan graduan yang bekerja, seterusnya menjadi aset yang bernilai kepada majikan.

“EDBM UUM merupakan program berMQA yang akan menjadi saluran kedua kepada graduan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di universiti awam atau swasta.

“Silibus dan stuktur program ini ditambah baik secara berkala bagi memenuhi keperluan pelajar, majikan dan persekitaran industri yang rencam dan berubah-ubah.

“Daya tahan dan kemampuan keluar dari lingkaran masalah merupakan nilai tambah yang antara lain dapat meningkatkan tahap profesionalisme graduan dalam menjalankan aktiviti pengurusan di tempat kerja masing-masing,” katanya pada Majlis Penganugerahan EDBM Ke-12 di EDC Hotels & Resorts, hari ini.

Seramai 50 pegawai sokongan JKDM menjadi kumpulan pertama jabatan tersebut yang menerima Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan masing-masing setelah berjaya menamatkan program EDBM selama empat semester (18 bulan).

Prof Dr Yusnidah yang membacakan teks ucapan Naib Canselor berkata, ilmu yang diperolehi melalui program itu dapat memandu pegawai JKDM ke arah peningkatan kaedah berfikir, melihat dan mengenal pasti setiap isu dengan lebih kritikal serta juga memberikan cadangan penyelesaian penambahbaikan kepada pihak pengurusan tertinggi.

Katanya lagi, bagi UUM amnya dan UUM COB khususnya, komitmen dan iltizam untuk terus membuka peluang akademik kepada golongan bekerja tidak akan terhenti, malah kaedah pembelajaran akan ditambah baik selaras dengan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN) bagi melahirkan lebih ramai golongan berpengetahuan tinggi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Seri Subromaniam Tholasy berkata, program EDBM dapat membantu pegawai kastam dalam karier mereka dengan ilmu pengurusan dan pentadbiran.

Ujarnya, dengan adanya tambahan kursus elektif perkastaman seperti Asas Pengurusan Cukai Barang dan Perkhidmatan Kerajaan (GST) dan Asas Kawalan dan Fasilitasi Perkastaman mampu melahirkan pegawai kastam yang berpengetahuan luas serta berkemahiran dalam menyelesaikan variasi isu ketika menjalankan tugas.

“JKDM bangga dapat bekerjasama dengan UUM kerana program ini dapat menyumbang secara langsung dalam meningkatkan tahap ilmu dan profesionalisme warga jabatan, seterusnya menyerlahkan keunggulan JKDM,” katanya.

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia