UUM Universiti Pertama Jalankan GET – Alibaba

UUM Universiti Pertama Jalankan GET – Alibaba

UUM ONLINE: UUM mencipta sejarah apabila menjadi universiti pertama di Malaysia yang menjalankan Training of Trainers Global E-Commerce Talent (GET) menerusi kerjasama dengan Alibaba Group China di EDC Hotels & Resorts, Universiti Utara Malaysia (UUM), bermula semalam hingga 19 Januari ini.

Menurut Timbalan Presiden Alibaba Group China, Brian A.Wong, sejajar dengan era revolusi industri 4.0, UUM mengambil langkah strategik dengan menyesuaikan keperluan ekonomi masa hadapan berteraskan ekonomi digital.

“2 tahun lalu, Jack Ma telah bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia untuk membantu mengubah ekonomi diikuti e-WTP serta menandatangani MOU dengan menteri KPT.

Tambahnya, Electronic World Trade Platform (eWTP) atau Platform Perdagangan Dunia Elektronik) amat penting yang menggalakkan perkembangan peniaga kecil dan sederhana serta golongan muda menerusi kemudahan zon fizikal dan alam maya.

“UUM menjadi universiti pertama yang menjalankan GET dan saya sungguh bersemangat untuk membawa mesej tentang e-commerce, bagaimana ekonomi dibentuk, bagaimana mengunakan teknologi untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai perkhidmatan.

“Antara lain, elemen kritikal untuk melatih trainers, kelestarian perniagaan dan menggalakkan perkembangan peniaga kecil dan sederhana menerusi kemudahan zon fizikal dan alam maya,” ucapnya.

Beliau teruja berada di UUM untuk berkongsi ilmu yang dibantu oleh pasukan trainers, fasilitator Alibaba dan sekretariat penganjur dari KPT.

“Saya ucapkan terima kasih kepada UUM dan KPT yang memberi sokongan dalam menjayakan program ini,” luahnya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Yusnidah Ibrahim berkata, program membabitkan 50 pensyarah dari enam Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seluruh Malaysia seperti UUM, UKM, UTM, UTHM, Politeknik dan Kolej Komuniti.

“Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pensyarah berkaitan dengan amalan terkini e-Commerce seterusnya ilmu ini akan diaplikasi ke dalam subjek kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di institusi masing-masing,” ujarnya.

Jelasnya, UUM sentiasa menyokong sasaran KPT untuk mewujudkan lebih banyak program e-Commerce start-up incubator dan melahirkan 10,000 bakat usahawan e-Commerce setiap tahun dan sasaran ini selari dengan inisiatif Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2016-2020.

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia