KPT Dan Alibaba Bekerjasama Hasilkan Lebih Ramai Bakat-Bakat eCommerce

KPT Dan Alibaba Bekerjasama Hasilkan Lebih Ramai Bakat-Bakat eCommerce

UUM ONLINE: Seramai 50 pendidik daripada Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) menerima sijil "Training of Trainers" - Global E-Commerce Talent (GET) Siri 1, sebuah program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Alibaba Business School untuk menyokong pendidik keusahawan dan meningkatkan pengetahuan dan amalan profesional dalam bidang e-commerce global.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara UUM dan Ali Baba Business School pada November tahun lalu bertujuan melengkapkan peserta dengan sumber dan pengetahuan untuk melatih pelajar mereka untuk bersedia dari segi e-commerce pada era digital.

Ketua Setiausaha KPT, Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur berkata pendidik memainkan peranan penting untuk membangunkan minda keusahawanan dan minat dalam kalangan pelajar dan membantu mencapai matlamat menghasilkan graduan pencipta pekerjaan yang akan menyumbang kepada kekayaan negara yang mampan.

"Justeru, Kementerian akan sentiasa menyokong Program Peningkatan Pendidik, kerana pendidik perlu terus meningkatkan kecekapan dan melengkapkan diri dengan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang baru yang memerlukan anda untuk belajar, menyingkirkan (unlearn) dan belajar semula cara baru untuk mendidik pelajar-pelajar daripada pelbagai latarbelakang dan umur," ujarnya ketika berucap pada Majlis Penyampian Sijil "Training of Trainers" - Global E-Commerce Talent (GET) Siri 1 di EDC Hotels and Resorts.

Sementara itu, Naib Presiden Ali Baba Group, Brian Wong berkata industri e-commerce di Malaysia mempunyai potensi besar untuk diperluaskan kerana ia berada pada titik pertumbuhan yang baik.

"Dengan penubuhan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) Malaysia dan Pelan Strategik Kebangsaan eCommerce Malaysia (Malaysia's National eCommerce Strategic Roadmap), terdapat keperluan yang sangat besar untuk bakat-bakat e-commerce menjana transformasi ini melalui kolaborasi dengan KPT melalui program seperti GET.

"Kami sangat teruja dengan kemajuan kerjasama dengan KPT dan UUM. Kami juga bersyukur atas kepercayaan yang diberikan kepada Alibaba Business School untuk membawa dan mengembangkan belia-belia Malaysia.

"Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat memupuk bakat-bakat e-commerce yang akan memacu transformasi digital ekonomi di Malaysia dan membina keupayaan, keyakinan dan kelebihan saingan dalam perdagangan e-commerce global," katanya.

Program ini meliputi topik-topik teori dan praktikal berorientasikan aplikasi, seperti gambaran holistik mengenai ekosistem e-commerce, pendigitalan dan landskap ekonomi Malaysia, peraturan dan prinsip e-commerce, pengurusan perniagaan dan operasi serta pengurusan produk, strategi jualan dan pengurusan kewangan.

GET berlangsung dari 14 hingga 19 Januari di UUM melibatkan pendidik-pendidik dari IPTA seperti UUM, UKM, UTM, UTHM, Politeknik dan Kolej Komuniti.

Hadir sama pada majlis penyampaian sijil ini Naib Canselor UUM, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan pegawai-pegawai kanan KPT.

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia