Ahli Persatu Disaran Bantu Angkat UUM Jadi Universiti Pengurusan Terkemuka

Ahli Persatu Disaran Bantu Angkat UUM Jadi Universiti Pengurusan Terkemuka

UUM ONLINE: 22 Januari - Ahli Persatuan Akademia UUM (Persatu) disarankan untuk bersama-sama pengurusan universiti membantu menjadikan UUM sebagai universiti pengurusan terkemuka.

Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, untuk merealisasikan harat UUM menjadi universiti pengurusan terkemuka itu, warga akademik terdiri pensyarah dan ilmuwan harus 'dikenali' melalui hasil kerja mereka seperti penyelidikan dan penerbitan.

Menurutnya, universiti kini sedang berusaha untuk meningkatkan jumlah penerbitan dan penyelidikan dengan menubuhkan SCoE sejak tahun lalu supaya semua pensyarah atau penyelidik dapat menjadikan SCoE itu sebagai hab untuk bekerja sebagai satu sinergi dan saling bekerjasama, akhirnya SCoE akan menyerlahkan kecemerlangan universiti dengan hasil penerbitan dan penyelidikan.

"Dalam bidang akademik ini terdapat tiga perkara penting yang perlu dititikberatkan iaitu sinergi, kerjasama (collaboration) dan rangkaian (networking) yang mana dengan sinergi, ahli akademik dapat tahu cara untuk memanfaatkan bidang diceburi dengan bidang lain, seterusnya menjalinkan kerjasama dengan pihak lain dan akhirnya membina rangkaian atau networking untuk berkembang jauh.

"Justeru, Persatu akan berperanan menjadi platform kepada semua ahli untuk memanfaatkan dunia akademik ini khususnya bagi peningkatan jumlah citation dan penyelidikan translasional khasnya agar fokus, lebih berharga dan relevan," katanya pada Majlis Perasmian Penutupan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatu di Pusat Konvensyen, hari ini.

Tambah beliau lagi, Memorandum Persefahaman (MoU) juga sangat penting untuk meningkatkan ranking universiti, justeru kini universiti mengutamakan pengisian MoU yang melibatkan geran padanan, penyelidikan secara kerjasama, pelantikan pensyarah pelawat dari UUM dan sebaliknya dari universiti luar negara serta 'joint degree' bagi membantu universiti untuk terus diangkat sebagai universiti pengurusan terkemuka.

Katanya, beliau mahu Persatu dapat menggerakkan ahli-ahli ke arah untuk membina reputasi universiti bukan sahaja dalam bidang penyelidikan dan penerbitan, malah jumlah MoU yang dimeterai supaya universiti terus berkembang dan menyerlahkan kecemerlangan.

Pada AGM Persatu kali pertama bagi sesi 2018/2020 itu, Prof Madya Dr Halim Mad Lazim telah dipilih sebagai Presiden Persatu baharu menggantikan Prof Madya Dr Rusdi Omar.

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia