MoU UUM-Perkeso Bantu Tingkat Kesedaran Keselamatan Pekerjaan

MoU UUM-Perkeso Bantu Tingkat Kesedaran Keselamatan Pekerjaan

UUM ONLINE: 23 Januari - Dalam usaha mencegah kemalangan pekerjaan dalam kalangan pekerja, UUM menerusi Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) di Balai Tamu, tadi.

MoU itu ditandatangani Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Yusnidah Ibrahim mewakili Naib Canselor bersama Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi), John R Marin yang turut mewakili Ketua Eksekutifnya, Dato' Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Membacakan teks ucapan Naib Canselor, Prof Dr Yusnidah berkata, untuk terus berjaya dan kekal relevan dengan peredaran masa, universiti memerlukan rakan strategik khususnya dalam kalangan korporat dan industri dari pelbagai bidang.

Ujarnya, pemeteraian MoU antara UUM dengan Perkeso adalah salah satu langkah strategik yang akan memberi manfaat kepada kedua pihak yang mana memorandum itu akan menfokuskan kepada penyelidikan, perundingan, latihan dan penempatan pelajar praktikum.

"Selain itu, Perkeso juga dapat bekerjasama dengan SAPSP dalam aspek pertukaran kepakaran seperti rehabilitasi, kaunseling, sokongan psikologi dan intervensi kerja sosial, manakala dengan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) pula, dalam aspek pembangunan sumber manusia, pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengurusan sekuriti sosial.

"Saya juga berterima kasih kepada Perkeso atas kepercayaan menyediakan geran aktiviti dan penyelidikan berjumlah RM60,000 pada tahun ini dan ia merupakan lanjutan inisiatif bagi tahun lalu yang bertujuan untuk mengendalikan kajian dan juga kempen kesedaran berkaitan pencegahan kemalangan di tempat kerja," katanya.

Dalam ucapan itu juga, beliau turut mengalukan kakitangan Perkeso berpotensi untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi sama ada peringkat Diploma Eksekutif, Sarjana Muda, Sarjana atau Doktor Falsafah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi), John R Marin berkata, Perkeso sentiasa menyokong usaha institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang melaksanakan program pencegahan kemalangan melibatkan pekerja.

Katanya, pihaknya dan IPT diharap dapat mewujudkan kerjasama untuk memupuk kesedaran tentang keselamatan pekerjaan demi kesejahteraan pekerja.

Tambahnya lagi, dengan adanya MoU itu diharap dapat melancarkan kerjasama dengan UUM, seterusnya memberi impak kepada kesejahteraan hidup pekerja.

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

 

 

 

 

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia