Tadbir Urus, Kepimpinan, Integriti Capai Kejayaan

Tadbir Urus, Kepimpinan, Integriti Capai Kejayaan

 UUM ONLINE: 24 Januari - Seramai 1,070 peserta dari enam buah universiti awam berkampung selama 2 minggu di Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menjalani Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara Universiti Awam Tahun 2018.

Antaranya universiti yang terlibat adalah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang bermula pada 22 Januari – 5 Februari melibatkan 2 fasa iaitu peringkat Kem dan Medan.

Menurut Naib Canselor UUM, selaku Komandan PALAPES, Kolonel (Kehormat) Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak PSSTUDM, setiap anggota badan beruniform perlu menekankan aspek tadbir urus yang baik, kepimpinan yang berkesan dan integriti yang tinggi demi mencapai kecemerlangan.

“Lebih-lebih lagi anggota tentera yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara kerana apabila tiada integriti dalam seterusnya akan melemahkan pertahanan negara,” ucapnya ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara Universiti Awam Bagi Tahun 2018, di Padang Kawad Palapes, UUM, pagi tadi.

Tegasnya, aspek tadbir urus yang kemas dan cekap amat penting dalam membentuk tahap yang tinggi justeru pembangunan modal insan setiap anggota badan beruniform perlu sentiasa disuburkan dengan nilai integriti, keberanian, kecemerlangan, setia kawan dan mengutamakan perkhidmatan.

“Saya mengucapkan selamat datang ke UUM, Universiti di Rimba Hijau, terima kasih kepada Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara (MPSTU) kerana memberi kepercayaan kepada UUM untuk menjadi tuan rumah bagi Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara Universiti Awam pada tahun ini,” ujarnya.

Jelasnya, sebanyak 6 buah universiti yang terlibat pada tahun ini sekali gus peserta dapat mengenali rakan-rakan yang datang dari pelbagai latar belakang.

“Penganjuran aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan di antara pihak pengajian tinggi dan Angkatan Tentera Malaysia amnya serta Tentera Udara Diraja Malaysia khasnya,” katanya lagi.

Beliau berharap dengan penglibatan mahasiswa dalam badan beruniform seperti PALAPES Udara dapat membentuk keperibadian berjiwa besar dan bermoral tinggi, lebih bersiap siaga memanfaatkan peluang yang ada bukan sahaja untuk memajukan diri tetapi juga untuk memberi sumbangan yang berimpak tinggi terhadap masyarakat.

Majlis perasmian dimeriahkan dengan pertunjukan menarik seperti letupan, asap berwarna selain mempromosikan keindahan dan keunikan UUM dengan kemudahan di disediakan seperti kenderaan tram, basikal elektrik, ATV, Rangcar, Buggy dan Go-Kart yang melintas di hadapan hadirin.

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia