Warga UUM Harus Terap Rukun 'Ilmu Budi Bakti' Dan Berani Berubah Untuk IR4.0

Warga UUM Harus Terap Rukun 'Ilmu Budi Bakti' Dan Berani Berubah Untuk IR4.0

UUM ONLINE: 25 Januari - "2017 adalah tahun yang hebat kerana universiti telah mencapai banyak kejayaan demi kejayaan, malah ada antaranya diperoleh lebih awal dari perancangan," ujar Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak pada Majlis Amanat Naib Canselor 2018 di Dewan Mu'adzam Shah, pagi tadi.

Bagaimanapun, katanya, warga UUM tidak boleh lupa untuk panjatkan kesyukuran di atas kejayaan yang dikecapi itu, malah harus menzahirkan rasa syukur kerana dinaugerahi kampus yang cantik dan indah sehingga menjadi tumpuan dan kunjungan hampir 2 juta orang sejak pelancaran Discover UUM 2016.

Dalam mengecapai pelbagai kejayaan, Naib Canselor mengingatkan supaya semua staf universiti ini dapat kembali kepada asas iaitu tujuan masing-masing berada di kampus UUM itu.

"Segalanya bermula dengan pegangan tiga rukun iaitu Ilmu, Budi, Bakti (Education, Virtue, Service) yang merupakan asas atau dasar tentang ‘apa yang kita hendak buat’ dan ‘apa yang kita ingin capai’. Rukun ini mestilah seteguh Pokok Tiga Beradik yang akan diberikan nama baharu sempena rukun 'ilmu budi bakti'.

"Ilmu, budi dan bakti ini merupakan keseluruhan hati dan jiwa UUM dan menjadi intipati kepada kewujudan universiti ini, malah sekiranya kita hidup tanpa tiga rukun itu, kemungkinan besar kita akan terjebak dalam Tujuh Dosa Sosial yang dimasyhurkan oleh Mahatma Ghandi iaitu politik tanpa prinsip, kekayaan tanpa usaha, kenikmatan tanpa hati nurani, pengetahuan tanpa perwatakan, perdagangan tanpa akhlak, sains tanpa kemanusiaan dan ibadah tanpa pengorbanan.

"Hakikatnya, ilmu menjadi asas kehidupan kita semua seperti yang dinyatakan mantan Naib Canselor, Allayarham Prof Emeritus Tan Sri Dr Awang Had Salleh iaitu ilmu tanpa amal pincang, amal tanpa ilmu tempang," katanya yang turut mengimbas mandat yang telah disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri idris Jusoh di Putrajaya, baru-baru ini yang menekankan tentang keberanian melakukan perubahan dalam menghadapi era Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0).

Dalam menghadapi era itu, UUM juga tidak ketinggalan melakukan persediaan untuk melalui perubahan demi perubahan yang berlaku dan bersedia untuk mencapai visi UUM menjadi sebuah Universiti Pengurusan Terkemuka.

Naib Canselor berkata, universiti mesti bersedia melaksanakan misi UUM iaitu mendidik pemimpin berperwatakan holistik untuk berbakti kepada komuniti global.

Menurutnya, universiti juga telah mengambil langkah-langkah proaktif melalui Perancangan Strategik UUM Fasa 2 (2016-2020) dengan empat teras utama iaitu Teras 1 (Mempertingkatkan Kesarjanaan dan Pengantarabangsaan); Teras 2 (Pembangunan Modal Insan dan Pengurusan Bakat); Teras 3 (Membangun Mahasiswa Secara Holistik) dan Teras 4 (Menjana Kekayaan).

Tambah beliau lagi, untuk terus maju, universiti telah menetapkan sasaran bagi tahap Dunia (Top 300), Asia (Top 50), Asia Tenggara (Top 10) dan juga Malaysia (Top 5) menjelang 2020.

"Selain usaha-usaha untuk peningkatan dari segi intelektualisme dan pengantarabangsaan, modal insan dan bakat dan pembangunan pelajar yang holistik, kita juga berusaha untuk menjana pendapatan daripada pelbagai sumber seperti Manager’s Coffee Langkawi, Manager’s Coffee Kuala Lumpur, mengkomersialkan ladang rusa, tapak semaian dan ladang gaharu serta sumber baharu seperti Poliklinik UUM Sdn Bhd dan Gua Landak di Langkawi.

"Pada tahun ini, kita akan bersiap siaga untuk terus maju ke hadapan dan tidak boleh memandang ringan akan cabaran yang kita perlu hadapi dengan era IR4.0 ini," ujar beliau.

Di akhir amanat, beliau berharap warga UUM akan menerapkan tiga rukun UUM iaitu ilmu, budi dan bakti, tabah dalam melaksanakan Pelan Strategik, berani menerima perubahan dan menjadi kreatif dan inovatif supaya dapat menjadi orang berguna kepada UUM.

Naib Canselor turut menyerahkan Anugerah Pensijilan Triple ISO kepada Othman Yeop Abdullah Graduate School (OYAGSB) setelah melalui proses pensijilan merangkumi Pensijilan ISO 9001:2015 (Quality Management System-QMS) dan ISO 14001:2015 (Environmental Management System-EMS) oleh SIRIM QAS Sdn Bhd serta Pensijilan SR10:2015 (IQNet Social Responsibility 10) oleh DQS Certification (M) Sdn Bhd.

Selain itu, beliau juga melancarkan naik taraf jalur lebar 10 gigabit per saat (Gbps) dan Portal UUM 2018 yang berwajah baharu.

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia