Amanat Naib Canselor Suntik Inspirasi - Lebih Tekun, Teamwork, Sedia Berubah

Amanat Naib Canselor Suntik Inspirasi - Lebih Tekun, Teamwork, Sedia Berubah

UUM ONLINE: “Teruslah menabur bakti tanpa perlu memikirkan ganjaran sampingan, bekerja dan mencari ilmu dengan niat kerana Allah SWT pasti hasilnya berbeza.

“Ini kerana ilmu yang berkat dan kerja yang ikhlas kerana Allah SWT akan mampu mewujudkan batas-batas yang mengelakkan kita melakukan sesuatu di luar norma kehidupan, menggadaikan prinsip dan integriti.”

Demikian pandangan Presiden Persatuan Akademia UUM (Persatu), Prof. Madya Dr. Halim Mad Lazim sempena Majlis Amanat Naib Canselor 2018 yang berlangsung di Dewan Mu’adzam Shah.

Jelasnya, persaingan dalam dunia pendidikan tinggi hari ini tidak lagi sama seperti dahulu malah pelajar dan persekitaran dunia semakin dinamik memerlukan keupayaan untuk untuk berubah bagi menyesuaikan diri dengan cabaran ini.

“Justeru, lakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran, menambah ilmu baharu, mengguna penyelidikan untuk memantapkan pengajaran selain teras universiti akan terus dimartabatkan dan falsafah ilmu perlu diglobalkan dengan melibatkan elemen insaniah serta rohaniah.

“Peranan staf akademik sentiasa perlu dimantapkan, kebajikan mereka dan sokongan juga dipertingkatkan selain menambah peluang untuk memberi sumbangan idea manakala setiap idea yang berimpak tinggi kepada UUM wajar diberi ganjaran,” pesannya.

Manakala Presiden Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERPATI), Mejar Mohamad Ezanee Yazid berkata, staf perlu menghayati segala pesanan yang disampaikan kerana tanpa kerjasama kukuh staf, segala matlamat universiti tidak akan tercapai.

Akuinya, usaha universiti untuk mengkomersialkan sumber sedia ada wajar dipuji kerana membantu menjana kewangan demi kemajuan universiti.

Ujarnya, 5 perkara dalam budi yang dinyatakan oleh Naib Canselor perlu dipegang dan diamalkan oleh semua lapisan staf agar bakti yang ditaburkan kepada universiti dan stakeholder menjadi asas kepada kejayaan dan pencapaian universiti pada masa hadapan.

Tambahnya, imbasan kejayaan universiti pada tahun 2016 dan 2017 memberi perangsang kepada semua staf utk bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk mencapai lebih banyak lagi kejayaan pada tahun 2018.

“Perancangan PERPATI pada 2018 akan berlandaskan amanat yang disampaikan khasnya penjanaan kewangan di samping memastikan tahap kewibawaan pegawai dipertingkatkan.

“Saya berharap semua lapisan staf terus berusaha bersungguh-sungguh dan bekerja sebagai satu pasukan dan menghadapi cabaran dalam era IR 4.0 dengan tabah serta terus bersemangat merealisasikan matlamat universiti secara khususnya dan KPT secara amnya,” luahnya.

Manakala Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UUM, Muhammad Luqman Jamalil Idrus mengulas isu mengenai Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0) yang dihadapi pada masa kini dan merupakan agenda penting bagi institusi pendidikan dalam memastikan produk yang mereka keluarkan dapat memenuhi kehendak pasaran.

“Saya berharap agar tahun 2018 di bawah pimpinan Naib Canselor akan membawa lebih banyak anugerah bagi meningkatkan ranking Universiti dan mengharumkan nama UUM dipersada antarabangsa.

“Ini akan membolehkan graduan yang bergraduat dari UUM mudah memperoleh kerja serta memberikan tanggapan positif kepada industri bahawa graduan UUM mampu memenuhi keperluan industri,” luah Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam.

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia