Pendaftaran Pelajar Baharu OYAGSB

Pendaftaran Pelajar Baharu OYAGSB

UUM ONLINE: 30 Januari -  Pendaftaran pelajar pasca siswazah Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) bagi kemasukan Semester Kedua Sesi 2017/2018 berjalan lancar, semalam.

Timbalan Dekan OYAGSB, Prof Dr. Shahizan Hassan mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kedatangan pelajar yang berjaya mendaftar sekali gus menjadi sebahagian daripada warga UUM.

“Sejak pagi tadi proses pendaftaran berjalan lancar dan saya berharap mereka belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan di samping menggunakan kesempatan belajar di UUM dengan sebaik mungkin.

“Saya berharap para pelajar dapat melengkapkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan dan bergraduat dengan jayanya,” katanya ketika menyampaikan ucapan mengalukan pelajar.

Pelajar pascasiswazah mendaftar di OYAGSB bagi mengikuti program di peringkat Ijazah Sarjana, dan Ijazah kedoktoran.

Bagi kemasukan Sesi 2017/2018 (A172), sebanyak 150 surat tawaran telah dikeluarkan kepada pelajar tempatan dan antarabangsa dan sesi pengajian akan bermula pada 8 Februari depan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia