Pelaksanaan CEFR Bantu Tingkat Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar

Pelaksanaan CEFR Bantu Tingkat Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar

UUM ONLINE: 30 Januari - Bagi meningkatkan tahap kemahiran penguasaan Bahasa Inggeris, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) telah menganjurkan Sesi Wacana Bersama Prof Dr Zuraidah Mohd Don dari Jabatan Bahasa Inggeris, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

Wacana yang menfokuskan tentang isu terkini berkaitan sistem penarafan Common European Framework of Reference for Languages: Learning, Teaching, Assessment (CEFR) dalam pengajaran, pembelajaran dan penilaian Bahasa Inggeris itu diadakan di Dewan Kuliah Gugusan (DKG) 3/4, pagi tadi.

Prof Dr Zuraidah berkata, CEFR kini telah digunapakai banyak negara di seluruh dunia termasuk Vietnam, China, Singapura dan Australia.

Menurutnya, di Malaysia, penggunaan CEFR sedang dilaksanakan dalam penggubalan kurikulum, pengujian dan bahan mengajar Bahasa Inggeris di peringkat sekolah dan universiti.

"CEFR adalah sebagai panduan deskripsi tahap kemahiran penguasaan bahasa yang mencakupi silibus, kurikulum, garis panduan, peperiksaan, buku teks dan merupakan alat untuk merancang program yang telus dalam pendidikan bahasa.

"Ia membantu golongan pendidik untuk memperkasakan penguasaan dalam peningkatan dan pemantapan pengujian Bahasa Inggeris dengan mengikut standard antarabangsa, sekali gus dapat memberi latihan membangunkan program dan bahan pengajaran serta pembelajaran berimpak tinggi kepada pelajar," katanya.

Bagaimanapun, dalam mengimplementasi CEFR dalam Pendidikan Bahasa Inggeris, terdapat dua isu kritikal yang perlu dihadapi iaitu apakah jenis pelajar bersedia untuk menghadapi cabaran ekonomi abad ke-21 sama ada pelajar lepasan sekolah atau graduan universiti dan kedua, bagaimana Pendidikan Bahasa Inggeris disediakan untuk golongan muda di Malaysia dalam arus globalisasi dunia.

Justeru, katanya, dalam mengimplementasi CEFR, pendidikan Bahasa Inggeris perlukan pembaharuan dalam sistem penyampaian berkualiti iaitu guru berkaliber tinggi, bahan pembelajaran berkualiti tinggi dan persekitaran pembelajaran juga berkualiti tinggi.

"Tujuan perubahan ini adalah untuk menghasilkan program Bahasa Inggeris yang mengikut piawaian antarabangsa, menyediakan Pendidikan Bahasa Inggeris berkualiti kepada pelajar dan merapatkan jurang pencapaian serta menghasilkan atau melaksanakan pelan pelaksanaan atau pelan hala tuju.

"Proses perubahan yang dilakukan kini ialah penilaian menyeluruh sistem pendidikan Bahasa Inggeris, menghasilkan pelan hala tuju CEFR dengan sasaran yang ditetapkan untuk tahun 2025 dan melaksanakan hala tuju," katanya lagi.

Beliau berkata, dengan pelaksanaan CEFR kelak akan membawa aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) untuk melahirkan pelajar yang profisien dalam Bahasa Inggeris, sekali gus mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

  

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia