Wafiyuddin Muncul Pemain Terbaik Malaysia Di PGM Darulaman Championship 2018 (ADT)

Wafiyuddin Muncul Pemain Terbaik Malaysia Di PGM Darulaman Championship 2018 (ADT)

UUM ONLINE: Kejohanan PGM Darulaman Championship 2018 (ADT) 2018 di Darulaman Golf & Country Club, Jitra Kedah baru-baru ini menyaksikan wakil Malaysia, Muhammad Wafiyuddin Abdul Manaf mempamerkan aksi cemerlang apabila muncul sebagai pemain terbaik Malaysia.

Walaupun permulaan hari pertama jelajah kedua PGM tahun ini bermula kurang baik buat Wafi dengan catatan 3 di atas par 75 namun ianya tidak mematahkan semangat perjuangan Wafi untuk terus memberikan yang terbaik bersaing dengan pemain golf profesional dari pelbagai negara antaranya Amerika Syarikat (AS), Jepun, Perancis, Sweden dan Thailand.

Bangkit bagi membuktikan beliau adalah antara yang terbaik, Wafi mencatat pukulan 2 di bawah par 70 bagi terus memberi cabaran kepada pendahulu kejohanan dari AS, Kurt Kitayama yang turut mengumpul jumlah pukulan yang sama.

Permainan yang konsisten berjaya membantu Wafi kekal bersaing pada hari ketiga kejohanan apabila beliau berjaya mencatat par 72.

Hari terakhir kejohanan menyaksikan Wafi mencatat pukulan 8 di bawah par 64 mengumpul 281 jumlah pukulan sekaligus muncul permain terbaik Malaysia di kedudukan ke-7 dari 123 orang peserta.

Wafi ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas sokongan dari semua pihak terutama Naib Canselor dan juga pengurusan tertinggi UUM.

"Saya berharap permulaan cemerlang tahun 2018 ini akan berterusan dan saya akan berusaha lebih gigih bagi mencapai setiap sasaran yang ditetapkan," katanya.

Beliau juga berharap dapat mengekalkan momentum dan beraksi dengan lebih cemerlang pada Kejohanan The Maybank Championship yang akan berlangsung pada 1–4 Februari 2018 ini di Saujana Golf & Country Club.

 

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia