Sazanur Iman Rangkul Kejuaraan Di Kejohanan 10th Terengganu Amateur Open 2018

Sazanur Iman Rangkul Kejuaraan Di Kejohanan 10th Terengganu Amateur Open 2018

UUM ONLINE: Dungun Golf & Country Club menjadi saksi aksi mantap atlet Akademi Golf Nasional UUM (AGNUUM) apabila salah seorang atletnya, Sazanur Iman Salenin berjaya merangkul kejuaraan bagi kategori Lelaki Individu Gross.

Catatan 75, 72, 73 dengan jumlah pukulan 220 sudah cukup bagi beliau merangkul kejuaraan amatur berprestij itu yang berlangsung pada 27-29 Januari 2018. Lebih manis ini adalah kejuaraan pertamanya bagi tahun 2018.

Mengulas kejayaan tersebut Pengarah AGNUUM, Prof Madya Dr Azman Yasin, berkata kerja keras yang berterusan membuahkan hasil dan kejayaan Sazanur ini merupakan pertanda yang baik bagi pasukan golf UUM yang akan bersaing pada Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) yang akan diadakan di Kelab Golf Danau, UKM pada 7 – 9 Februari nanti.

Sementara itu, Sazanur Iman sewaktu ditemui selepas kejohanan melahirkan rasa gembira dan syukur dengan kejayaan merangkul kejuaraan tersebut.

“Saya amat berterima kasih kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) khususnya Bahagian Sukan, jurulatih dan pengurusan tertinggi AGN yang banyak menyokong saya sehingga mencapai kejayaan ini.

"Diharap kejayaan ini akan menjadi ‘turning point’ untuk saya berusaha lebih kuat lagi bagi memperolehi kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang,” ujarnya.

Beliau akan meneruskan latihan bagi menghadapi SUKIPT dan World Golf Championship 2018 yang akan berlangsung di Filipina pada bulan Mei nanti dan berharap dapat mempamerkan permainan yang terbaik sekaligus menyumbang pingat untuk pasukan negara.

Sementara itu wakil tunggal wanita Nasrin Nazifa Haris Bashah turut tidak mengecewakan apabila berjaya merangkul kejuaraan bagi kategori Wanita Nett dan lebih mengujakan apabila beliau turut berjaya mencipta Hole in One pada kejohanan tersebut.

 

 

 

 

 

  

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia