UUM, METEOR Sdn Bhd Jalin Kerjasama Bangunkan Sistem Kewangan Baharu

UUM, METEOR Sdn Bhd Jalin Kerjasama Bangunkan Sistem Kewangan Baharu

UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 30 Januari - Bagi membangunkan sistem kewangan baharu, Universiti Utara Malaysia (UUM) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Multimedia Technology Enhancement Operations Sdn Bhd (METEOR).

Majlis menandatangani MoA itu telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM, Prof. Dr. Ayoib Che Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) METEOR Sdn Bhd, Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil di Open University Malaysia, Kuala Lumpur.

Menerusi kerjasama ini, METEOR Sdn Bhd akan membekal dan membangunkan perisian Financial Management System (FIMS) kepada UUM bagi menggantikan Sistem Kewangan IFAS.

FIMS adalah sebuah sistem kewangan dan perakaunan yang lengkap dan berintegrasi dengan sistem sedia ada seperti Sistem Pengurusan Pelajar, Sistem Penyelidikan dan Sistem Pengurusan Sumber Manusia.

Dengan adanya FIMS, maklumat kewangan dapat diperolehi dengan lebih cepat dan tepat serta operasi di Jabatan Bendahari khususnya dan di Pusat Tanggung Jawab dan UUM amnya akan menjadi lebih efisien.

Sistem FIMS dijangka akan mula beroperasi mulai awal 2019.

Diperbadankan pada tahun 1998, METEOR dibentuk oleh konsortium sebelas universiti awam Malaysia termasuk UUM, Universiti Teknologi MARA, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia