UUM Terima Anugerah Malaysia Top Achiever (Industry Excellence In Education)

UUM Receives Malaysia Top Achiever Awards 2017 (Industry Excellence In Education)

UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 31 Januari - Atas sumbangan Universiti Utara Malaysia (UUM) ke atas ekonomi Malaysia dalam bidang pendidikan telah melayakkan UUM untuk menerima Malaysia Top Achiever Awards 2017 (MATA Awards) bagi kategori Industry Excellence In Education.

Anugerah itu disampaikan Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK), Dato’ Faizul Arby Mohd Shohor yang mewakili Menteri PDNKK kepada Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak di The Royale Chulan, malam tadi.

Beliau yang membacakan teks ucapan YB Menteri berkata, MATA Awards adalah bagi meraikan kejayaan penerima atas kerja keras dalam menyumbang kepada organisasi, masyarakat dan juga negara.

“Pada malam ini (semalam), saya berbangga kerana dapat menyaksikan kejayaan penerima di MATA Awards kerana mereka berjaya dalam pelbagai sektor seperti automotif, hartanah, kesihatan dan banyak lagi.

“Dalam dunia perniagaan sekarang, kebolehan berfikir dari luar kotak dan mengubah cara mengendalikan perniagaan dengan lebih kreatif dan berinovasi adalah penting dalam era yang mencabar ini agar lebih berdaya saing dalam pasaran,” katanya.

Beliau berkata, pimpinan kerajaan masa kini telah membawa rakyat ke landasan yang betul dengan pelbagai pencapaian yang boleh dibanggakan.

Pada majlis itu, sebanyak 23 anugerah disampaikan dan UUM merupakan satu-satunya universiti yang berjaya mendapat pengiktirafan tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

  

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia