Majlis Penutup Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara

Majlis Penutup Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara

UUM ONLINE: 4 Februari - Pegawai Kadet PALAPES Udara diraikan dalam suasana meriah pada Majlis Penutup Latihan Kem Tahunan Palapes Udara Universiti Awam 2018 di Dewan Muádzam Shah, UUM, kelmarin.

Peserta dari enam buah universiti awam berada di Universiti Utara Malaysia (UUM) selama 2 minggu untuk menjalani Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara Universiti Awam Tahun 2018.

Antaranya, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Majlis penutup dimeriahkan dengan tayangan montaj, pertunjukan menarik dari setiap universiti seperti teater, busking, tarian selain penyampaian cenderahati kepada setiap universiti.

UUM berjaya mempertahankan juara keseluruhan yang dimenangi tahun lalu setelah menjuarai pertandingan menembak, merentas halangan dan karnival sukan bagi acara bola tampar lelaki, futsal wanita dan bola jaring.

Perasmian majlis penutup disempurnakan oleh Pengarah Pasukan Simpanan Tentera Udara, Kolonel Muhammad Shafiq Jahudi TUDM disaksikan Lt. Kol (K) Baharudin Yaakob PSSTUDM, Pendaftar UUM dan Mej (K) Dr. Mutia Sobihah Abd Halim PSSTUDM.

Sementara itu, pelajar Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial, Nur Shuaida Shakri, 23, mengakui sudah lama meminati bidang ini untuk mengetahui lebih mendalam kehidupan seorang tentera.

“Selalu orang kata askar ni tough, lasak, berani jadi, saya nak merasainya sendiri gambaran kehidupan seorang askar bukan itu sahaja, aktiviti yang dijalankan mampu membentuk diri kita menjadi lebih berdisiplin dan kemas.

Dalam kem ini gadis manis dari Melaka ini diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai pengurus acara yang mengetuai majlis perasmian dan majlis penutupan serta bertekad menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

“Dalam PALAPES, kami perlu bergerak pantas dengan jadual yang padat jadi saya belajar bagaimana menguruskan masa dengan baik begitu juga dalam kehidupan harian, saya sudah terbiasa untuk buat sesuatu dalam keadaan terancang.

“PALAPES juga mengajar erti setiakawan dan ringan tulang, kami dididik untuk membuat kerja sebagai satu kumpulan jadi kami satu skuad saling membantu dalam pengurusan sesuatu perkara,” luah siswi semester 7.

Ujarnya, kem ini berkonsepkan pertandingan agar pelajar bersungguh sungguh dan mengaplikasikan apa yang telah dilakukan dalam latihan di samping memupuk sifat kepimpinan.

Selain itu katanya, kem tahunan ini mampu membina hubungan yang baik kepada para pelajar apabila mereka tamat pengajian kerana menggabungkan pelajar dari pelbagai universiti dan membentuk suatu platun.

“Satu platun ini akan bekerjasama dalam fasa hutan jadi mereka boleh berkenalan dan meluaskan jaringan sosial mereka memandangkan networking sangat penting bagi memudahkan sesuatu urusan pada masa akan datang,” ungkapnya.

  

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia