CoE Tulang Belakang Penyelidikan Dan Pembangunan UUM

CoE Tulang Belakang Penyelidikan Dan Pembangunan UUM

UUM ONLINE: 4 Februari - Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Strategik Dan Pencapaian CoE (JKCoE) Bil.1/2018 di Bilik Mesyuarat Senat, Canselori pagi tadi.

Mesyuarat ini melibatkan semua ketua-ketua pusat kecemerlangan (CoE) UUM bagi memantau kemajuan semua CoE berkenaan.

Naib Canselor dalam ucapan aluannya berkata, CoE di UUM masih belum berjaya menonjolkan dirinya sebagai sebuah CoE yang boleh dibanggakan sama ada di peringkat UUM, kebangsaan apatah lagi di peringkat antarabangsa.

"Justeru CoE di UUM perlu mempelajari daripada CoE lain yang ada di Malaysia ini yang telah diangkat menjadi Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HiCOE) dan CoE serantau yang cemerlang dan menjadi rujukan pelbagai pihak misalnya Institute of Southeast Asian Studies, sebuah institut penyelidikan yang berpangkalan di Singapura," ujarnya.

Pada mesyuarat itu, RIMC telah membentangkan pencapaian keseluruhan kesemua CoE di UUM. Selain itu, dua buah CoE yang terpilih juga telah membuat pembentangan mengenai pencapaian CoE masing-masing.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia