Lengkapi Pegawai Dengan Kemahiran Dan Ilmu Baharu Hadapi Era IR4.0

Lengkapi Pegawai Dengan Kemahiran Dan Ilmu Baharu Hadapi Era IR4.0

UUM ONLINE: 5 Februari - Graduan Sijil Eksekutif 2018 disarankan untuk melengkapkan diri dengan kemahiran dan ilmu baharu dalam menghadapi era Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0).

Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, kini dunia berada dalam era IR4.0 yang mana berlaku perubahan teknologi yang amat pesat sehingga menyebabkan berlakunya perubahan besar dalam masyarakat.

Menurutnya, berikutan perubahan itu, setiap jabatan perlu menyediakan pegawai atau kapasiti pegawai supaya sentiasa 'up-to-date' dan lengkap dengan pengetahuan, teknologi, kemahiran serta ilmu baharu.

"Dalam profesion, aspek latihan atau pembangunan bakat adalah penting dalam konteks memastikan warga kerja diberikan latihan yang mencukupi dan bersesuaian dengan kerusi kerja serta cabaran baharu dihadapi.

"Sebab itu, berdasarkan pada pelbagai kajian dijalankan di institusi pengajian tinggi menunjukkan bahawa jika kita tidak mempunyai perancangan dalam menyediakan latihan berterusan akan menyebabkan kemerosotan prestasi kerja dan jabatan atau wujud jurang antara keperluan dan harapan profesionalisme dalam jabatan atau tugas dengan kompetensi dimiliki," katanya pada Majlis Penyampaian Sijil Eksekutif 2018 di EDC Hotels & Resorts, pagi tadi.

Seramai 117 graduan terdiri 77 pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan 40 pegawai Jabatan Penjara Malaysia masing-masing menerima Sijil Eksekutif Praktis Kerja Sosial (SPEC) dan Sijil Eksekutif Intervensi Parol (SEIP) yang disampaikan Naib Canselor.

Tambah Naib Canselor, pegawai sekarang tidak cukup jika hanya dilengkapi dengan latihan asas di peringkat awal dan dibiarkan belajar sendirian dalam perkembangan teknologi yang pesat ini.

Katanya, perubahan teknologi tidak harus dilihat sebagai satu ancaman lagi sebaliknya ia menjadi ancaman sekiranya masyarakat tidak bersedia dengan tiada persiapan rapi, tetapi dengan membuat persediaan dan tahu memanfaatkan teknologi, ia akan menjadi sangat berguna dalam menjalankan tugas harian.

"Saya berharap JKM atau Jabatan Penjara mesti menganjurkan bengkel atau sesi untuk sumbang saran menerusi perbincangan sebagai persediaan menghadapi perubahan teknologi ini.

“Di universiti (UUM) juga kena melakukan banyak perubahan termasuk pembelajaran dalam kuliah dengan mempelbagaikan kaedah 'blended learning' atau 'flip classroom' yang tidak tertumpu pada syarahan semata-mata, sebaliknya disertai perbincangan dan kajian kes,” ujarnya.

Majlis Penyampaian Sijil Eksekutif 2018 itu turut dihadiri Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Mohd Fazari Mohd Salleh dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Penjara Malaysia, Dato' Jamaludin Saad yang mewakili Ketua Pengarah Penjara Malaysia.

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia