Projek Financial Management System (FIMS) Perlukan Komitmen Tinggi Dari Semua Stakeholders

Projek Financial Management System (FIMS) Perlukan Komitmen Tinggi Dari Semua Stakeholders

UUM ONLINE: 5 Februari - Majlis Kickoff Projek Financial Management System (FIMS) yang merupakan titik permulaan kepada projek ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Senat, hari ini.

Sesi ini merupakan susulan Memorandum Perjanjian (MoA) yang ditandatangani antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Multimedia Technology Enhancement Operations Sdn Bhd (METEOR) pada 30 Januari lalu, untuk membangunkan sistem FIMS bagi menggantikan sistem IFAS.

Sesi ini bertujuan memberi gambaran mengenai projek tersebut. Komitmen dan penglibatan serius oleh Jabatan Bendahari dan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) terlibat adalah penting bagi menjayakan projek ini.

Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berharap sistem FIMS dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam tempoh setahun ini bagi memastikan universiti mempunyai sistem pengurusan kewangan terbaik, berintegriti, berintegrasi dan memenuhi keperluan pengguna.

"Sehubungan itu saya berharap semua PTJ dapat memberi kerjasama dan maklumbalas kepada pihak METEOR mengenai keperluan dan aspek sistem kewangan yang perlu ditambahbaik di PTJ masing-masing," katanya.

Pembentangan projek FIMS disampaikan oleh Pengarah Projek METEOR, Puan Hazna Ahmad dan Pengarah Projek UUM, Puan Zarina Embi.

Majlis turut dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Ketua-ketua PTJ terlibat, Dekan-dekan Pusat Pengajian Siswazah, Ketua Pegawai Operasi METEOR, pegawai-pegawai Jabatan Bendahari dan UUMIT.

 

 

 

  

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia