Pendaftaran Pelajar Baharu AHSGS

Pendaftaran Pelajar Baharu AHSGS

UUM ONLINE: 7 Februari - Pendaftaran pelajar pasca siswazah Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences (AHSGS) bagi kemasukan Semester Kedua Sesi 2017/2018 berlangsung, di Foyer Pusat Pengajian Pengkomputeran (SoC), pagi tadi.

Dekan AHSGS, Prof Dr. Abdull Sukor Shaari mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kedatangan pelajar yang berjaya mendaftar bagi mengikuti program di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah kedoktoran.

Ulasnya, untuk kemasukan Sesi Kedua (A172), sebanyak 316 surat tawaran telah dikeluarkan kepada pelajar tempatan dan antarabangsa bagi sesi pengajian yang bermula pada 7 Februari.

“Proses pendaftaran berjalan lancar bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga 11.30 pagi dan mereka kelihatan sungguh bersemangat.

“Saya berharap para pelajar dapat melengkapkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan dan bergraduat dengan jayanya di samping menggunakan kesempatan belajar di UUM dengan sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, Pelajar Sarjana Pengurusan Komunikasi, Nur Syahirah, 30 berkata, peluang mengikuti pengajian di UUM ini amat bernilai kerana ilmu memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti diri di samping membangunkan kerjaya.

“Sebenarnya sudah lama saya nak sambung belajar untuk menambah ilmu dan kemahiran apatah lagi kerja yang digalas perlu ada satu value added dalam meningkatkan mutu kerja,” ujarnya yang mengikuti pengajian separuh masa.

Untuk berjaya beliau bersedia mengharungi segala cabaran yang menuntut banyak pengorbanan yang perlu dilakukan dari segi masa, tenaga dan wang walaupun terikat dengan pelbagai komitmen.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia