PALAPES Darat Berjaya Harungi Cabaran Latihan Kem Tahunan PALAPES Darat Zon Utara

PALAPES Darat Berjaya Harungi Cabaran Latihan Kem Tahunan PALAPES Darat Zon Utara

UUM ONLINE: Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Darat berjaya mengharungi rintangan dan kepayahan tanpa mengira siang dan malam sehingga berjaya menamatkan Latihan Kem Tahunan PALAPES Darat Zon Utara yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok.

Peserta dari 3 buah universiti iaitu UUM, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis berada di UUM bermula pada 26 Januari hingga 9 Februari untuk menjalani latihan.

Menurut Timbalan Komandan PALAPES UUM, Leftenan Kolonel, Prof. Dr. Abdul Razak Chik kejayaan ini tidak akan terhasil tanpa pengorbanan, ketabahan, semangat yang tinggi dalam suasana latihan yang padat daripada semua yang terlibat.

“Sebentar tadi kita telah menyaksikan serangan khemah sementara musuh yang cukup bersemangat oleh pegawai kadet senior PALAPES Universiti Awam Zon Utara.

“Serangan itu membuktikan bahawa latihan secara berterusan yang mantap serta komitmen yang jitu, semangat kerjasama, berpasukan dan disiplin yang tinggi oleh setiap pegawai kadet menghasilkan satu prestasi tinggi, saya bangga di atas semangat, kesungguhan dan kerja keras pegawai kadet,” ujarnya

Beliau percaya pegawai kadet telah mengharungi pengalaman baru apabila didedahkan dengan asas-asas ilmu kententeraan dan pembentukan disiplin sebagai bakal pegawai tentera.

“Dengan adanya latihan kem tahunan peringkat zon utara, kita berjaya menyatupadukan ketiga-tiga PALAPES untuk bergabung dan berlatih bersama-sama bagi mencapai satu objektif yang sama.

“Saya berharap latihan seperti ini diadakan lebih kerap agar kesemua pasukan dapat bersatu hati dan teguh dalam mempertahankan negara sebagai barisan pertahanan kedua dan pegawai sukarela,” ucapnya ketika merasmikan Majlis Penutup Latihan Kem Tahunan Pegawai Kadet PALAPES Zon Utara Tahun 2018 di Kem Hutan Sintok UUM, pagi tadi.

Beliau turut merakamkan tahniah kepada semua pegawai kadet yang berjaya mengikuti latihan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua jurulatih yang telah bekerja keras sepanjang 3 minggu lalu bagi menentukan kelancaran latihan ini.

“Sebagai pegawai kadet kita perlu sentiasa memantapkan lagi ilmu pengetahuan ketenteraan, tahap profesionalisme hanya dapat dipertingkatkan melalui latihan berterusan tanpa mengenal erti penat dan jemu.

Beliau menyeru pegawai kadet agar mempraktikkan ilmu ketenteraan yang diperolehi, memperkemaskan pengetahuan dengan terus mengikut latihan dan menjadi anggota sukarela yang aktif dengan menyertai latihan di rejimen mahupun PALAPES.

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia