Latihan Kem Tahunan Zon Utara Satukan Pegawai Kadet Palapes

Latihan Kem Tahunan Zon Utara Satukan Pegawai Kadet Palapes

UUM ONLINE: 9 Februari - Setelah berjaya mengharungi pelbagai rintangan, pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dari tiga universiti awam diraikan pada Majlis Malam Akrab Pegawai Kadet PALAPES di Dewan Mu’adzam Shah, semalam.

Pegawai kadet dari UUM, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis telah berjaya menamatkan Latihan Kem Tahunan Palapes Zon Utara selama 15 hari sejak 26 Januari lalu.

Timbalan Komandan Palapes UniMAP Leftenan Kolonel, Prof Dr Zaliman Sauli berkata, selepas 15 hari berkampung di UUM, beliau berharap semua pegawai kadet memperolehi impak dan ilmu positif hasil latihan gabungan tiga universiti dari zon utara yang mana julung kali diadakan.

Menurutnya, latihan tersebut memberi pendedahan asas ilmu ketenteraan dan disiplin sebagai pegawai tentera.

“Dengan adanya latihan kem tahunan ini, kita berjaya menyatukan tiga Palapes dan berlatih bersama, selain dapat menyelaraskan semua latihan walaupun berbeza pasukan.

“Saya berharap latihan secara gabungan ini akan diadakan dengan lebih kerap kerana ia menyatukan hati semua pegawai kadet dan mereka dapat bertemu rakan-rakan baharu,” katanya.

Tambah beliau, diharap pegawai kadet yang berjaya menamatkan latihan itu terutama kadet senior menjadikan latihan kem tahunan sebagai pemangkin semangat untuk meneruskan karier sebagai anggota tetap atau simpanan selepas pentauliahan kelak.

Sementara itu, Prof Madya Dr Mohd Farizal Rajemi yang mewakili Naib Canselor UUM berkata, latihan itu merupakan satu sejarah kepada UUM kerana berjaya menggabungkan tiga universiti dengan penglibatan seramai 900 pegawai.

Katanya, di UUM sahaja dianggarkan terdapat seramai 400 pegawai Palapes dan penyertaan dalam badan berunifom seperti itu menjadi satu nilai tambah kepada pelajar apabila menamatkan pengajian nanti.

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia