Naib Canselor Bentang "Redesigning Higher Education Initiatives" Peringkat UUM Dalam Mesyuarat Pasca Kabinet KPT

Naib Canselor Bentang "Redesigning Higher Education Initiatives" Peringkat UUM Dalam Mesyuarat Pasca Kabinet KPT

UUM ONLINE: Putrajaya - Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah membentangkan inisiatif "Redesigning Higher Education" peringkat Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) baru-baru ini.

Mesyuarat Pasca Kabinet ini dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Idris Jusoh,

Melalui sesi pembentangan ini Naib Canselor telah membentangkan tujuh (7) inisiatif "redesigning higher education" yang telah dan sedang dilaksanakan di UUM iaitu MOOCs, Smart Classroom, PPRN, iCGPA, CEO@faculty, Gap Year dan Income Generation - Endowment.

Ketujuh-tujuh inisiatif ini adalah selari dengan Perancangan Strategik UUM 2016-2020 manakala lima (5) inisiatif lagi iaitu 2u2i, translational research, cashless campus, wakaf dan APEL sedang dibangunkan dalam tahun ini.

Naib Canselor turut berkesempatan berkongsi maklumat mengenai hasil daripada projek PPRN yang telah dilaksanakan di UUM seperti pengkomersilan produk KINASIH, Utara Spice, projek penanaman Cendawan Kukur dan Managers Coffee.

Turut hadir adalah Timbalan Menteri KPT, YB Datuk Dr Mary Yap Kain Ching, Ketua Setiausaha KPT, Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur, Timbalan Ketua setiausaha (Pengurusan) KPT, Dato' Kamel Mohamed, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Dr. Hamisah Tapsir dan pegawai-pegawai kanan KPT.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

 

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia