Lebih 15,000 Pengunjung Gegarkan Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018

Lebih 15,000 Pengunjung Gegarkan Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018

UUM ONLINE: 10 Februari - Lebih 15,000 pengunjung terdiri lepasan SPM dan STPM dianggarkan memeriahkan Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 (KPTN) yang berlangsung selama dua hari di padang kawad Palapes UUM mulai hari ini.

Karnival anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama tuan rumah, UUM itu turut disertai 20 universiti awam seluruh negara termasuk Politeknik dan Kolej Komuniti.

Perasmian KPTN Peringkat Negeri Kedah telah dirasmikan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail mewakili Menteri Besar.

Dalam ucapannya, penganjuran karnival itu memudahkan pihak pengajian tinggi dalam menelusuri kemasukan dan pengambilan pelajar ke institusi terpilih.

Menurutnya, ia juga menggalakkan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi sekaligus meningkatkan keupayaan, pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Di samping itu, program ini pasti akan menjadi saluran terbaik dalam memperkasa aspirasi kerajaan dalam membangunkan masyarakat yang berilmu dan berminda kelas pertama.

“Saya juga yakin usaha dalam menjayakan program sebegini amat bertepatan dalam melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahiran, berintegriti, beretika tinggi, berkualiti serta berdaya saing yang akan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara dalam mencapai matlamat Malaysia sebagai sebuah negara maju sejajar dengan Transformasi Nasional 2050,” katanya.

Tambah beliau, besar harapan beliau agar pelajar dapat meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan sepanjang karnival itu berlangsung kerana mereka sedang memilih tempat yang akan menentukan siapa diri sendiri pada masa akan datang.

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, setiap tahun UUM menerima banyak permohonan dan melakukan perubahan program baharu.

Justeru, katanya, KPTN ini merupakan satu platform terbaik untuk pelajar mendapatkan maklumat lanjut tentang program pengajian ditawarkan dan juga prospek kerjaya bagi membolehkan mereka membuat pilihan tepat.

“Saya percaya karnival ini bermakna kepada pelajar, ibu bapa dan guru. Kita juga akan tingkatkan dari setahun ke setahun dengan penambahbaikan pada masa akan datang,” ujarnya.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Ir Dr Siti Hamisah Tapsir, pegawai-pegawai kanan KPT dan UUM.

KPT mensasarkan 250,000 pengunjung akan hadir pada siri jelajah KPTN 2018 yang bermula sejak Januari lalu hingga April depan.

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia