Pelajar Serbu Hari Terakhir Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018

Pelajar Serbu Hari Terakhir Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018

UUM ONLINE: 11 Februari - Hari terakhir Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 (KPTN) peringkat Negeri Kedah yang berlangsung selama dua hari di padang kawad Palapes UUM terus dipenuhi pengunjung terdiri pelajar sekolah menengah termasuk lepasan SPM dan STPM dari seluruh negeri ini seawal jam 9 pagi lagi.

Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putra, Baling, Nurul Saidatul Natrah Abdul Kadir berkata, dia gembira dapat datang ke karnival tersebut bersama rakan sekolah kerana dapat mengetahui lebih lanjut tentang peluang dan tawaran melanjutkan pengajian di peringkat tinggi mengikut kesesuaiannya.

Menurutnya, selain mendapat pendedahan tentang pilihan universiti awam yang ada, pelbagai aktiviti menarik juga disediakan untuk pengunjung dengan tawaran hadiah.

“Di sini, saya mendapat banyak panduan untuk saya melanjutkan pengajian selepas SPM kelak dan kemudahan yang disediakan untuk pelajar seperti pinjaman pendidikan.

“Saya lebih meminati bidang pengajian perniagaan dan di karnival ini saya dapati UUM, USM dan UTM antara universiti yang menjadi pilihan dan berharap dapat menjejakkan kaki ke salah satu universiti ini nanti,” katanya.

Sementara itu, Nuarriza Mat Isa dari SMK Kuala Ketil, Baling berkata, karnival tersebut memberi pendedahan lebih mendalam tentang hala tujunya untuk masuk ke universiti kelak.

Katanya, dia meminati bidang seni seperti melukis, grafik dan juga landskap, malah tidak teragak untuk memilih UiTM sebagai gedung ilmunya selepas STPM nanti.

Muhamad Nasrul Idham Nazri tang juga dari SMK Kuala Ketil turut menyifatkab KPTN yang berlangsung itu memberi pendedahan dan ilmu baharu kepadanya, bukan sahaja dalam pemilihan universiti untuk melanjutkan pengajian, malah peluang-peluang mendapatkan pinjaman pendidikan serta pencapaian setiap universiti terlibat dan KPT sendiri.

“Saya berharap karnival seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa kerana semua pelajar akan dapat manfaat daripada penganjuran ini untuk masa hadapan masing-masing,” ujar pelajar Tingkatan Enam itu.

Permohonan kemasukan pelajar ke 20 universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan intisuti latihan kemahiran awam menerusi Sistem UPUOnline sudah dibuka sejak 5 Februari lalu dan akan ditutup pada 10 April depan.

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia