Pelajar UUM Antara 15 Peserta Asia Ke GBPL Di Shibaura Institute Of Technology, Jepun

Pelajar UUM Antara 15 Peserta Asia Ke GBPL Di Shibaura Institute Of Technology, Jepun

UUM ONLINE: Yuhan Satapo, pelajar Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam bertuah apabila menjadi antara 15 peserta Asia bersama 78 peserta dari 14 negara seluruh dunia terpilih menyertai Global Project-Based Learning (GPBL) yang berlangsung di Shibaura Institute of Technology (SIT), Jepun.

GBPL yang berlangsung selama 11 hari bermula 11 hingga 21 Disember lalu itu merupakan arena pembelajaran antarabangsa yang dihoskan oleh Shibaura Institute of Technology untuk menghubungkan antara pelajar Jepun dan pelajar asing bersama-sama membincangkan isu pendidikan serta bertukar idea mencari jalan penyelesaian.

Yuhan berkata, sepanjang program itu, peserta membincangkan pelbagai isu dalam usaha mewujudkan penyelesaian yang lebih baik dan kreatif bertemakan ekologi, tenaga, eko-pelancongan, pembangunan komuniti, perkhidmatan, mobiliti, kebajikan dan sistem perubatan, pencegahan bencana, komunikasi dan kepimpinan global.

Menurutnya, setiap hari dia belajar sesuatu yang baharu serta menambah pengalaman walaupun berdepan detik sukar untuk menyesuaikan diri, namun rakan-rakan sentiasa membantu dan menjadikan ia lebih mudah dan positif.

"Dari program ini, saya menikmati peluang untuk berinteraksi dengan peserta dari pelbagai negara dan menyedari betapa pentingnya menghargai kepelbagaian budaya apabila kami mula mengenali lebih dekat.

"Saya gembira kerana berpeluang menyertai GBPL dengan membawa nama UUM ke peringkat antarabangsa dan ia menjadi satu pencapaian peribadi, malah saya juga berjaya mendapat biasiswa SIT yang terbuka kepada semua pelajar universiti di Asia yang mana setiap calon dikehendaki menghasilkan esei, selain daripada resume dan bukti kepimpinan yang lain," ujarnya.

Sementara itu, Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM COB, Dr Hendrik Lamsali meluahkan rasa gembira dengan pemilihan Yuhan yang menunjukkan kecemerlangan dari segi akademik, sahsiah dan kepimpinan.

Menurutnya, penyertaan tersebut adalah satu pengiktirafan antarabangsa kepada kualiti dan pencapaian pelajar UUM memandangkan dia terpilih daripada ribuan pemohon dari pelbagai negara.

“Kejayaan ini juga pengiktirafan kepada Chapter Beta Gamma Sigma UUM yang masih baharu tetapi telah berjaya menampilkan ahli yang cemerlang.

"Selain berjaya mendapat tajaan biasiswa SIT, Yuhan dapat mengembangkan rangkaian di Jepun, secara tidak langsung membawa nama UUM ke sana," katanya.

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia