UUM Ungguli Acara Golf SUKIPT 2018

UUM Ungguli Acara Golf SUKIPT 2018

UUM ONLINE: Kejohanan Golf IPT Grand Final SUKIPT 2018 menyaksikan pasukan golf Universiti Utara Malaysia (UUM) mengungguli acara tersebut dengan penuh bergaya apabila membawa pulang dua pingat emas, tiga pingat perak dan dua pingat gangsa.

Atlet Golf UUM ternyata berada di kelasnya yang tersendiri apabila Sazanur Iman Salenin dan Muhammad Afif Muhammad Razif masing-masing berjaya meraih pingat emas bagi Kategori Keseluruhan Lelaki dan Kategori Grand Final Lelaki.

Walaupun mendapat tentangan sengit dan tekanan dari pesaing lain terutama dari pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Sazanur ternyata tidak goyah apabila terus kekal fokus sekaligus memenangi pingat emas bagi acara tersebut dengan mengumpul 32 mata mengatasi pesaing lain.

Sementara itu, Afif yang hanya mencatat 76 pukulan pada hari pertama kejohanan berjaya bangkit pada hari kedua apabila membenam lima Birdie 67 pukulan sekaligus meletakan beliau di kedudukan pertama.

Dengan catatan 76 pukulan pada hari terakhir dan mengumpulkan 219 pukulan keseluruhan sudah cukup buat Afif muncul juara bagi Kategori Grand Final Lelaki.

Afif juga menyumbang pingat perak bagi Kategori Keseluruhan Lelaki.

Pengarah Akademi Golf Nasional UUM, Prof Madya Dr. Azman Yasin ketika mengulas tentang kejayaan itu, memuji aksi cemerlang yang ditunjukkan pasukan UUM.

“Aksi cemerlang pemain golf UUM pada SUKIPT 2018 ini amat membanggakan. Saya sangat teruja apabila pemain tidak mudah putus asa walaupun bermain kurang baik pada hari pertama kejohanan, semangat juang yang tinggi seperti inilah yang perlu mereka terap dalam setiap kejohanan yang mereka sertai,” ujarnya.

Bagi ketegori wanita juga tidak mengecewakan apabila wakilnya Tham Soot Yuet menyumbang dua pingat perak (satu perak Kategori Grand Final Wanita dan satu perak Kategori Keseluruhan Wanita).

Seorang lagi atlet wanita, Nurul Syahirah Afiqah Saparudin turut tersenarai sebagai penyumbang pingat apabila menghadiahkan UUM dua pingat gangsa (satu gangsa Kategori Grand Final Wanita dan satu gangsa Kategori Keseluruhan Wanita).

Acara golf SUKIPT berlangsung selama 3 hari bermula 7 – 9 Februari di Kelab Golf Danau, UKM berjaya mengumpul seramai 70 orang peserta pada temasya kali ini.

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia