CETMA–Kindness Malaysia Bantu Golongan Yang Memerlukan

CETMA–Kindness Malaysia Bantu Golongan Yang Memerlukan

UUM ONLINE: 14 Februari - Pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CeTMA) membantu golongan yang memerlukan sempena CeTMA-Kindness Kitchen di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia, pagi tadi.

Pengarah Pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CeTMA), Prof. Madya Dr. Nor Idayu Mahat berkata, program ini merupakan satu usaha kerjasama strategik dengan pihak Kindness Malaysia Cawangan Kedah/Perlis untuk melakukan aktiviti inovasi sosial kepada masyarakat sekitar UUM.

Jelasnya, objektif utama bagi memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan melalui konsep free market dan pelaksanaan program ini bukti komitmen CeTMA untuk menyalur dan memberikan bantuan kepada yang memerlukan.

“Penganjuran program sebegini merupakan salah satu langkah untuk memberikan barangan keperluan kepada pekerja pembersihan Uniutama Property Management Sdn Bhd (UPSB) yang telah berbakti di UUM,” katanya ketika berucap merasmikan Program “CeTMA-Kindness Kitchen” 2018.

Jelasnya, ini merupakan aktiviti kali pertama CeTMA bersama dengan Kindness Malaysia yang akan menjadi titik mula kepada pelbagai program inovasi sosial yang akan dianjurkan secara kerjasama oleh CeTMA dan Kindness Malaysia pada masa hadapan.

“Kita berasa amat bertuah kerana dapat melaksanakan satu program inovasi sosial yang berlangsung pada hari ini dan diharapkan segala bantuan barangan yang diberikan akan dapat mengurangkan beban penerima.

“Melalui program sebegini, peserta boleh memilih dan mengambil barang keperluan yang disediakan secara percuma seperti beras dan makanan,” katanya yang turut menyampaikan sumbangan.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Koordinator Kindness Malaysia Cawangan Kedah/Perlis Nurul Huda Zakaria yang menjayakan program inovasi sosial ini. Semoga program dan kerjasama ini akan berterusan pada masa akan datang.

Dalam pada itu, para sukarelawan mengedar makanan dan menjayakan free market yang memberi peluang kepada staf untuk memilih pakaian dan barangan yang diperlukan secara percuma.

Terdahulu, Pihak CeTMA telah melancarkan kempen ‘1 staf 1 kampit beras’ dan berjaya mengumpul sumbangan lebih dari sasaran.

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia