Naib Canselor Terima 2017 CEEMAN Champions Award For Institutional Management

Naib Canselor Terima 2017 CEEMAN Champions Award For Institutional Management

UUM ONLINE: 15 Februari - Kecemerlangan Universiti Utara Malaysia (UUM) dibawah kepimpinan Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak sehingga dikenali di peringkat antarabangsa membolehkan beliau menerima 2017 CEEMAN Champions Award For Institutional Management.

Anugerah tersebut telah disampaikan Pengarah International Quality Accreditation (IQA), CEEMAN, Dr Alenka Braek Lalic kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Ayoib Che Ahmad yang mewakili Naib Canselor di Balai Tamu, pagi tadi.

Prof Dr Ayoib berkata, dia mewakili Naib Canselor dan seluruh warga UUM merakamkan penghargaan kepada CEEMAN kerana mengiktiraf usaha berterusan universiti dalam memberikan pendidikan berkualiti dan menjadi universiti pengurusan terkemuka di rantau ini.

Dalam pada itu, OYAGSB yang merupakan ahli CEEMAN diharap dapat bekerjasama pada masa hadapan terutama dalam konteks meningkatkan kualiti perkhidmatan akademik, penyelidikan dan penerbitan serta kualiti perkhidmatan kepada masyarakat.

Beliau percaya dengan program dan aktiviti dijalankan CEEMAN, UUM dan CEEMAN dapat bertukar dan berkongsi pengetahuan tentang amalan terbaik dalam menguruskan sekolah perniagaan, selain UUM dapat menelusuri kejayaan sekolah perniagaan di Eropah dan United Kingdom yang telah mendapat pengiktirafan CEEMAN.

Sementara itu, Dr Alenka berkata, CEEMAN merupakan pertubuhan pengurusan pembangunan antarabangsa yang ditubuhkan pada 1993 bertujuan meningkatkan kualiti pengurusan dan pembangunan kepimpinan secara umum dan di negara-negara yang mengalami peralihan dan perubahan dinamik khususnya.

OYAGSB merupakan salah satu ahli CEEMAN di Malaysia dengan lebih daripada 220 ahli dari lebih 55 negara di Eropah, Amerika Utara, Amerika Latin, Afrika dan Asia.

Hadir sama, Dekan OYAGSB, Prof Zeljko Sevic dan pegawai-pegawai kanan OYAGSB, selain delegasi CEEMAN iaitu Pengarah Interim CEEMAN, Prof Hendrik Sebastiaan (Drikus) Kriek dan Profesor Pengurusan University of Strathclyde, Prof Peter McKiernan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia