UUM Bekerjasama Hasilkan Filem Biopik Azizulhasni Awang

UUM Bekerjasama Hasilkan Filem Biopik Azizulhasni Awang

UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 15 Februari - Bagi menghargai dan mengangkat ikon Malaysia dalam bidang sukan yang unggul dalam mengharumkan nama negara, Universiti Utara Malaysia (UUM) bekerjasama dengan ThreeSixty Management dan UniTalent Sdn Bhd menghasilkan filem Biopik Azizulhasni Awang.

Menjadikan sukan sebagai elemen utama, filem ini akan mengangkat tema kesungguhan, patriotisme, persahabatan, percintaan dan perpaduan berdasarkan kisah sebenar dan pengalaman jaguh lumba basikal trek negara, Azizulhasni sejak kecil sehinggalah berjaya bergelar juara dunia.

Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata UUM terlibat untuk membantu dari segi kajian, penulisan dan penasihatan bagi penghasilan filem biopik tersebut.

"Elemen penyelidikan adalah elemen yang akan dititikberatkan di dalam penghasilan filem ini di mana penyelidik dari UUM akan turut terlibat dalam pembangunan kandungannya."

"Filem ini akan diarahkan oleh seorang pengarah muda yang telah memenangi pelbagai anugerah iaitu Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin melibatkan kos pembikinan sekitar RM6 juta yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta dan penaja Azizulhasni."

"Keuntungan melalui UNITALENT SDN BHD akan dikongsi bersama jika filem ini berjaya," ujarnya pada Sidang Media filem berkenaan yang turut dihadiri pengarah, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin dan Azizulhasni di UUMKL, semalam.

Filem ini dijangka siap untuk tayangan pada pertengahan tahun 2019.

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia