UUM Tawar 955 Kemasukan Baharu Semester Kedua 2017/2018

UUM Tawar 955 Kemasukan Baharu Semester Kedua 2017/2018

UUM ONLINE: Seramai 955 pelajar menerima tawaran Universiti Utara Malaysia bagi kemasukan semester kedua sesi 2017/2018 yang akan memulakan sesi akademik pada 21 Februari ini.

Daripada jumlah tersebut, 652 adalah pelajar tempatan dan 303 pelajar antarabangsa dari beberapa negara antaranya Indonesia, China, brunei, Jepun, Somalia, Yaman dan Nigeria yang akan mengikuti 30 program ditawarkan.

Tiga ratus tiga jumlah pelajar antarabangsa tersebut merupakan pelajar yang mengikuti Program Intensif B172, CELEC 17 dan juga mobiliti.

Kehadiran pelajar baharu yang mula mendaftar semalam kecuali 145 pelajar mobiliti yang mendaftar pada 25 Februari nanti telah disambut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Abdul Malek Abdul Karim yang mewakili Naib Canselor.

Kemudian, beliau menyampaikan taklimat kepada pelajar, diikuti taklimat kepada semua waris pelajar baharu yang hadir di Dewan Kuliah Gugusan 2/2.

Majlis Ikrar Minggu Suai Kenal Semester Kedua pada malam ini dijangka akan dihadiri Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan pegawai-pegawai kanan UUM lain di Inapan Siswa TM.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia