Naib Canselor Menghadap Tuanku Sultan Kedah Persembah Perkembangan Terkini UUM

Naib Canselor Menghadap Tuanku Sultan Kedah Persembah Perkembangan Terkini UUM

UUM ONLINE: Alor Setar, 20 Februari - Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah menghadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah merangkap Canselor UUM di Istana Anak Bukit, pagi tadi.

Majlis menghadap ini bertujuan menyembah maklum mengenai pelantikan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha Binti Tengku Ariff, Sultanah Kedah sebagai Penaung Diraja OYAGSB (OYAGSB Royal Patron), selaras dengan tradisi British untuk melantik Penaung Diraja bagi institusi tertentu terutamanya badan-badan amal.

Pelantikan Penaung Diraja itu juga dilihat dapat membantu OYAGSB untuk mencapai matlamat sebagai pusat pengajian utama dan terkemuka di dalam dan luar negara sejajar dengan penjenamaan semula dan perpindahan pusat pengajian ini ke Kuala Lumpur.

Selain itu, Naib Canselor juga menyembah maklum tentang perancangan universiti sepanjang tahun ini antaranya penubuhan Pusat Pengurusan Wakaf, perasmian Muzium Pengurusan dan EDC Hotels and Resorts Kuala Lumpur, seterusnya persilaan ke Majlis Berbuka Puasa UUM dan Majlis Konvokesyen Ke-31.

Beliau juga telah menyembah maklum mengenai perkembangan dan pencapaian terkini UUM seperti Profesor Kursi CIMB-UUM baharu dan enrolmen pelajar baharu semester kedua 2017/2018 termasuk statistik pelajar sedia ada di universiti ini.

Hadir sama Pengerusi LPU, Tan Sri Siti Sa’diah Sheikh Bakir dan pegawai-pegawai kanan universiti.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia