Peranan Alumni Pengaruh Kembali Ke Alma Mater

Peranan Alumni Pengaruh Kembali Ke Alma Mater

UUM ONLINE: 20 Februari - Peranan alumni universiti menjalinkan hubungan erat dengan alumni di luar kampus mampu mempengaruhi mereka untuk kembali ke alma mater.

Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, alumni besar atau berpengaruh dan berjaya merupakan sumber penting universiti dalam pelbagai aspek.

Katanya, mereka bukan sahaja menyumbang dalam bentuk kewangan, malah peranan mereka membantu universiti sebagai satu sumber berguna untuk memberi imej baik kepada universiti.

“Dalam konteks universiti, alumni adalah satu ‘force’ atau segmen pemegang taruh yang sangat penting.

“Mereka memastikan reputasi UUM berada di tempat tertinggi dan menjadi barisan hadapan untuk mempertahankan nama universiti,” katanya.

Beliau berkata, menyedari kepentingan peranan alumni kepada universiti, maka diwujudkan Pusat Alumni yang mempunyai ahli seramai 129,162 dengan 847 daripadanya kini bekerja di UUM.

Menurutnya, untuk mengukuhkan lagi alumni UUM ini perlu bangunkan ‘sense of belonging’ dan ‘sense of pride’ dalam kalangan pelajar lagi supaya apabila mereka tamat pengajian, ‘attachment’ terhadap universiti menjadi kuat.

Naib Canselor berkata demikian dalam Majlis Alumni Engagement: Hi-tea Bersama Naib Canselor di EDC Hotels & Resorts, petang tadi.

Ujar beliau lagi, semua alumni universiti diharap dapat terlibat dalam program anjuran universiti, seterusnya menyebarkan informasi berguna termasuk perkembangan terkini UUM kepada alumni di luar kampus.

Dalam perkembangan lain, Naib Canselor telah melancarkan Kempen 1 Alumni RM10 sebagai salah satu produk untuk membantu universiti membiayai perbelanjaan tahunan bagi tujuan pembangunan akademik dan fizikal.

Pusat Alumni mensasarkan kutipan RM1 juta sebagai sumbangan terus yang akan digunakan juga untuk Program Alumni CARE bagi membantu golongan yang memerlukan termasuk pelajar, masyarakat setempat dan alumni.

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia