Pelajar Kini Perlu Berkaliber dan Multitasking

Pelajar Kini Perlu Berkaliber dan Multitasking

UUM ONLINE: 21 Februari - Pelajar yang melanjutkan pengajian ke universiti ini perlu menjadi seorang yang berkaliber dan multitasking dalam melalui transformasi penting sepanjang tempoh pengajian di UUM.

Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, pelajar perlu melalui beberapa transformasi penting dalam tempoh empat tahun selaras dengan matlamat UUM dalam melahirkan graduan yang serba boleh, tinggi ilmu dan budi bahasa yang selari dengan moto universiti iaitu Ilmu, Budi dan Bakti.

Menurutnya, universiti ini mahu melahirkan graduan yang berilmu bukan sahaja dalam akademik, malah berbudi dan berbakti serta aktif melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kesukarelawan, aktif dalam kelab dan Inasis yang mengasah bakat terpendam, melahirkan insan yang berkaliber dan multitasking.

“Pelajar bertuah kerana program yang ditawarkan UUM ini kepada semua adalah diiktiraf di peringkat Antarabangsa, selain menggunakan kaedah pengajaran, pembelajaran yang berkesan secara online dan pelajar dapat menggunakan kemudahan itu dengan sebaiknya.

“Sekarang, pelajar boleh menggunakan pelbagai aplikasi seperti Google untuk mendapatkan pelbagai maklumat, fakta dan perkara baharu dengan mudah, namun ada juga perkara yang tidak dapat diatur sepenuhnya oleh teknologi maklumat, misalnya kemahiran Komunikasi, justeru pensyarah perlu memperbanyakkan perbahasan, menggunakan kajian kes dan membangkitkan persoalan.

“Banyakkan berbincang dengan rakan-rakan atau pensyarah, itulah cara terbaik untuk mendapatkan ilmu selain mengunakan kebijaksanaan dalam membuat keputusan dengan mengambil kira budi bicara, budi bahasa dan kesan terhadap orang lain,” katanya pada Majlis Ikrar Minggu Suai Kenal Semester Kedua Sesi 2017/2018 di Dewan Inapan Siswa (Inasis) TM, semalam.

Selain itu, tambahnya lagi, kemahiran Bahasa Inggeris juga amat penting yang memerlukan pelajar kerap berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Inggeris memandangkan bahasa ini digunakan di serata dunia.

Naib Canselor juga mengucapkan tahniah kepada pelajar yang telah berjaya dipilih melanjutkan pengajian di UUM, selain berkongsi kejayaan dan pencapaian UUM.

Pada majlis itu, bacaan ikrar telah diketuai pelajar, Muhammad Haikal Abdullah Fahami di hadapan Naib Canselor dan pegawai-pegawai kanan UUM.

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia