Hari Keluarga UUM Medium Erat Hubungan, Tingkat Prestasi Kerja

Hari Keluarga UUM Medium Erat Hubungan, Tingkat Prestasi Kerja

UUM ONLINE: 24 Februari - Selepas sedekad, Hari Keluarga UUM 2018 diharap dapat menjadi medan wahana mengeratkan hubungan kekeluargaan warga universiti.

Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, program seperti itu bukan sahaja mengeratkan, malah sekali gus diyakini mampu membantu meningkatkan prestasi pekerjaan masing-masing.

Menurutnya, pada sambutan terakhir pada 2005 hanya melibatkan staf sekitar 2,000 orang sahaja dan kini jumlah tersebut semakin berkembang dengan pertambahan ahli keluarga juga.

Justeru, katanya, warga kampus yang bekerja sebagai sebuah keluarga besar UUM perlu saling mengenali termasuk ahli keluarga dan anak-anak rakan sekerja.

“Saya tidak mahu kita terlalu fokus kepada pekerjaan dan tidak mengimbangi antara keluarga dan kerjaya.

“Kedua perkara ini perlukan keseimbangan dan saya mahu semua warga UUM memberi perhatian kepada nilai-nilai kekeluargaan walaupun sibuk tetapi hubungan ini tidak akan terjejas,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Pengasasan Ke-34 dan Hari Keluarga UUM 2018 di Pusat Sukan, hari ini.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan dianjurkan sepanjang Hari Keluarga yang disertai hampir 3,000 staf akademik dan pentadbiran.

Lebih meriah lagi dengan cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk set sofa bernilai RM3,000, selain televisyen dan telefon pintar.

Tambah beliau, sambutan Hari Keluarga itu diharap dapat dilaksanakan setiap tahun sama ada di peringkat universiti atau pusat tanggungjawab (PTJ) supaya hubungan kekeluargaan akan kekal terjalin.

Pada sama sama, beliau juga meminta supaya interaksi secara bersemuka masih diamalkan walaupun kini terdapat kemudahan teknologi yang boleh menghubungkan semua orang.

Sementara itu, peserta Hari Keluarga, Shuhaida Mohd Said berkata, program tersebut adalah platform terbaik untuk ahli keluarga saling mengenali dan mengetahui tempat kerja pasangan masing-masing.

Katanya, kanak-kanak juga dapat menambah kawan baharu, selain bergembira dengan pelbagai acara disediakan.

“Sekali-sekala dapat melepaskan tekanan dengan sertai acara santai di sini tanpa perlu fikirkan urusan kerja.

“Saya berharap program ini boleh diteruskan pada masa hadapan dengan lebih banyak aktiviti menarik,” ujarnya.

 

  

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia