Tanda Prihatin GSGSG, UMW GRANTT, SOIS, IBMS

Tanda Prihatin GSGSG, UMW GRANTT, SOIS, IBMS

UUM ONLINE: Ikatan silaturahim terjalin mesra dalam suasana meriah penuh kasih sayang antara warga kampus bersama penduduk dalam program khidmat masyarakat Setulus Hati di sekitar Perkarangan Masjid Kg. Darat, Changlun, baru-baru ini.

Program ini merupakan anjuran Ghazali Shafie Graduate School Of Government (GSGSG) UUM dengan kerjasama UMW GRANTT, Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS) dan International Business Management Society (IBMS). 


Pensyarah, Dr. Mohd Haniff Jedin berkata, staf UUM berpeluang menabur bakti dan memberi khidmat kepada orang kampung di samping melahirkan perasaan prihatin dan simpati ke atas kesusahan masyarakat dengan menyerlahkan semangat kesukarelawan.

“Program ini amat baik sebagai tanda prihatin dalam mengeratkan hubungan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada staf juga boleh mengenali sekitar kawasan mereka bekerja dan menimba ilmu.

“Selain bergotong-royong bersama penduduk dan menyelami kehidupan mereka kami turut memberi sumbangan barang keperluan kepada mereka yang memerlukan sekali gus memberi kesedaran bahawa silaturahim amat penting dalam menyatukan masyarakat,” ujarnya.

Manakala seorang penduduk, Ibrahim Arifin menyambut baik usaha yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk dalam aktiviti yang dijalankan seperti penyampaian sumbangan, suaikenal Bersama Masyarakat Setempat, memasak serta menjamu selera dalam suasana kekeluargaan.

“Alhamdulillah keprihatinan UUM terhadap masyarakat yang susah sedikit sebanyak meringankan beban dan memberi keceriaan kepada penduduk.

“Program sebegini perlu diteruskan pada masa akan datang dan berharap hubungan yang sudah terjalin akan berpanjangan serta ada kesinambungan supaya hubungan dengan masyarakat dengan UUM dieratkan dari semasa ke semasa,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia