Universiti Perlu Angkat Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Ilmu

Universiti Perlu Angkat Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Ilmu

UUM ONLINE: 28 Februari - “Tiada masalah jika ingin mengembangkan bahasa asing tetapi Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa utama dan universiti memainkan peranan penting dalam mengangkat bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu,” demikian ucapan Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan, Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia – China Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia – Beijing Foreign Studies University ketika menyampaikan Syarahan Perdana Profesor Adjung, Profesor Datuk Dr. Awang Sariyan di Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen UUM, semalam.

 “Kita mesti memperakui kemampuan bahasa Melayu yang dahulunya menjadi bahasa perhubungan antarabangsa (lingua franca) seperti bahasa Arab, Perancis dan Inggeris.”

“Orang Arab sampai ke Tanah Melayu untuk menyebarkan Islam selain berdagang dan mereka boleh berbahasa Melayu sehingga berbondong-bondong masuk Islam kerana ilmu berkesan jika disampaikan dalam bahasa sendiri,” ujarnya dalam program anjuran Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara.

Beliau berkata, barat mengambil ilmu dalam bahasa Arab dan dipindahkan dalam bahasa mereka sehinggakan nama sarjana Islam diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, misalnya Ibnu Sina menjadi Avicenna dan Ibnu Rushd menjadi Averroes.

Menurutnya, mereka mengambil ilmu dan pindahkan dalam bahasa mereka buktinya dalam UNESCO telah menyebut sesuatu pendidikan lebih berkesan disampaikan dalam bahasa itu dan ini selari dengan ayat al-Quran.

Katanya, bahasa Melayu milik semua pemegang MyKad sama ada Melayu, Iban, Kadazan, India dan Cina, namun kadang-kadang bahasa Melayu didiskriminasikan oleh orang Melayu sendiri.

“Saya cakap terus terang, salah orang Melayu juga kenapa orang lain tidak mahu menggunakan bahasa Melayu, orang Melayu sendiri mendiskriminasi bahasa Melayu.”

“Jiran saya ada India, Cina, tapi Melayu sama Melayu cakap bahasa Inggeris. Apa salahnya cakap bahasa Melayu. Bila jumpa orang Melayu panggil Encik Ahmad tapi bila orang Cina, panggil Mr. Lim. Kenapa tak panggil Encik Lim? Nampak mudah tapi ada kesan psikologi,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada UUM atas pelantikan sebagai Prof. Adjung. Beliau berharap dapat menyumbang fikiran dan berkongsi maklumat menerusi aktiviti syarahan dan rundingan untuk kebaikan bersama.

“Saya juga dilantik oleh kerajaan sebagai duta celik ilmu di negara China untuk mengembangkan bahasa dan pengajaran Bahasa Melayu termasuk kebudayaan, persuratan dan falsafah,” luahnya.

Sementara itu, Dekan SLCP, Prof. Dr. Shukri Ahmad menyifatkan Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan sebagai pakar rujuk yang berpengalaman sangat luas dalam bidang bahasa Melayu.

Tambahnya lagi, perkongsian ilmu pada sesi tersebut akan dimanfaatkan oleh para pensyarah dan pelajar termasuk khidmat nasihat yang diberikan oleh Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan yang amat disanjungi dan boleh digunakan untuk menilai kembali kualiti program bahasa Melayu di UUM secara lebih berkesan dan lebih mantap.

“Saya berharap Seminar Menduniakan Penyelidikan Bahasa, Sastera dan Budaya yang julung-julung kali dianjurkan bersempena program syarahan ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan dan berharap kita akan dapat memperkukuhkan iltizam dan komitmen kita untuk menyebarluaskan sumbangan penyelidikan selaras dengan aspirasi transformasi negara,” ucapnya.

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia