UUM Capai 4 Bintang Dalam Penilaian MyRA 2016

UUM Capai 4 Bintang Dalam Penilaian MyRA 2016

UUM ONLINE: Kualiti pelajar pasca siswazah universiti ini melayakkan UUM mencapai 4 Bintang dalam Penilaian Penarafan Bintang Malaysia Research Assessment (MyRA) bagi tahun 2016.

Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, mengikut ulasan panel MyRA menyatakan bahawa pencapaian UUM dari segi kuantiti dan kualiti pasca siswazah adalah cemerlang.

Bagaimanapun, menurutnya, peratusan pelajar PhD yang bergraduan pada tahun dinilai masih rendah berbanding bilangan staf akademik yang aktif.

“Namun, sebilangan besar pelajar yang mendaftar di UUM mempunyai kelayakan masuk yang baik dengan CGPA melebihi atau sama dengan 3.0 atau setara.

“Faktor ini menjadi salah satu kekuatan UUM sehingga berjaya memperoleh 4 Bintang dalam MyRA 2016,” katanya.

UUM memperoleh skor keseluruhan selepas penilaian tapak sebanyak 60.68 peratus yang mana Seksyen D (Kuantiti dan Kualiti Pasca Siswazah) menyumbang skor selepas penilaian tapak tertinggi sebanyak 25.72 melebihi penanda aras diberikan 15.00.

Audit penarafan yang dijalankan pada tahun lalu bertujuan untuk mengesahkan data serta bahan bukti (evidence) yang telah dikemukakan oleh UUM selaras dengan keperluan Glosari MyRA 1.

Sepanjang proses audit ini, sebanyak lapan (8) komponen telah dinilai oleh MyRA iaitu maklumat am; kuantiti dan kualiti penyelidik; kuantiti dan kualiti penyelidikan; kuantiti dan kualiti pasca siswazah; inovasi; khidmat profesional dan hadiah; jaringan dan jangkauan serta khidmat sokongan.

Komponen-komponen tersebut dinilai oleh panel-panel audit yang diketuai oleh Dato Prof Dr Mohd Jamil Maah.

Beliau berkata, sepanjang audit berlangsung, UUM telah memberikan kerjasama baik, selain mengemukakan bukti yang diperlukan.

Katanya, pengurusan data universiti ini juga masih perlu dimantapkan dan terus berusaha memperbaiki pencapaian MyRA pada masa hadapan.

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia