TISSA-UUM Memburu Akreditasi EPAS

Mock Peer Review Team EPAS – Persediaan Hadapi Audit Sebenar EPAS

UUM ONLINE: 1 Mac - Dalam usaha meletakkan program yang ditawarkan mendapat akreditasi EPAS, Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) telah melancarkan Kempen Kesedaran EPAS TISSA-UUM yang dirasmikan Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah, pagi tadi.

EPAS adalah sistem program akreditasi antarabangsa yang dikendalikan European Foundation for Management and Development (EFMD) bertujuan untuk menilai program perniagaan atau/dan pengurusan yang mempunyai prespektif antarabangsa, seterusnya menentukan kualiti institusi berteraskan pengurusan.

Naib Canselor berkata, EPAS merupakan satu gagasan yang menunjangi penanda aras kualiti tertinggi bagi program yang ditawarkan sekolah pengurusan antarabangsa dan akreditasi yang djalankan EFMD itu adalah yang terbaik dan paling lengkap.

"Langkah untuk mendapatkan EPAS ini adalah satu anjakan yang akan meletakkan program perakaunan selangkah ke hadapan dan berdasarkan kedudukan QS WUR By Subject Ranking, subjek Perakaunan dan Kewangan kini berada dalam kelompok 151-200.

"Saya berharap semua warga TISSA termasuk pelajar dapat berbangga dengan pencapaian ini dan saya mahu TISSA menggerakkan lagi usaha dalam penjenamaan dan kempen tentang TISSA ke seluruh dunia supaya pusat pengajian ini dikenali dan secara tidak langsung ia akan menarik perhatian institusi dunia untuk menjalinkan kerjasama," ujarnya yang turut menekankan supaya TISSA memperbanyakkan kajian kes tentang perakaunan.

Sementara itu, Dekan TISSA, Prof Madya Dr Chek Derashid berkata, TISSA bakal menjadi institusi pendidikan tinggi pertama Malaysia sekiranya berjaya memperoleh EPAS yang akan memulakan penilaian audit pada April depan.

Katanya, sebanyak 108 program dari 81 institusi seluruh dunia telah menerima akreditasi EPAS dan berharap UUM akan mendapat akreditasi tersebut yang sekali gus akan membantu dalam peningkatan ranking universiti di peringkat dunia.

Pada pelancaran Kempen Kesedaran EPAS itu, turut diadakan acara senamrobik dan persembahan Kumpulan Gendang 24 Musim dari Kelab Muzik, Pusat Budaya dan Seni (PBS).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia