IPQ Bentang Pencapaian Pelan Strategik UUM Fasa 2 2017

IPQ Bentang Pencapaian Pelan Strategik UUM Fasa 2 2017

UUM ONLINE: 4 Mac - Pencapaian Sukuan Tahunan (Januari-Disember) Pelan Strategik UUM Fasa 2 2017 telah dibentangkan pada mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Senat hari ini.

Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak diadakan untuk melihat pencapaian-pencapaian yang telah diterima universiti sepanjang tahun 2017 berdasarkan empat teras utama membabitkan semua pusat tanggungjawab dan pusat pengajian.

Naib Canselor memulakan mesyuarat tersebut dengan merakamkan ucapan tahniah atas usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh semua pihak bagi mencapai agenda pelan Pelan Strategik UUM Fasa 2 bagi tahun 2017

"Walaupun ada agenda yang masih tidak berjaya dicapai bagi tahun 2017, kita mesti terus bekerja keras untuk mencapai agenda 2018.

"Saya juga ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan UUM mendapat 4 Bintang dalam Penilaian Penarafan Bintang Malaysia Research Assessment (MyRA) bagi tahun 2016," katanya.

Pencapaian Sukuan Tahunan (Januari-Disember) Pelan Strategik UUM Fasa 2 2017 dibentangkan oleh Pengarah Institut Pengurusan Kualiti (IPQ), Prof Dr Nor Aziah Abd Manaf.

Menurut beliau, secara keseluruhan pencapaian UUM pada tahun 2017 adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

"Pencapaian keseluruhan UUM pada tahun 2017 menunjukkan 66% daripada 186 Petunjuk Prestasi (PI) adalah berstatus hijau, 11% kuning, 19% merah dan 4% hitam.

"Secara keseluruhannya pencapaian bagi tahun 2017 ini, 77% PI mencatat status hijau dan kuning berbanding 66% pada tahun sebelumnya," jelasnya.

Menurut beliau lagi pencapaian tahun 2017 ini adalah penting kerana data ini akan digunakan untuk laporan kepada MyRA, QS Ranking, Times Higher Education dan UI Green.

"Justeru setiap PTJ dan pusat pengajian diharap dapat menghantar data yang tepat mengikut KPI yang telah ditentukan," tambahnya.

Menerusi pembentangan itu, bidang yang dikenalpasti perlu penambahbaikan adalah jumlah penerbitan, geran, penglibatan lebih aktif pusat kecemerlangan, melatih bakat, pengiktirafan dan anugerah, aktiviti pelajar yang berimpak dan penjanaan sumber kewangan.

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia